Monday, October 30, 2006

album raya (6) - umi, aba masih malu-malu..


album raya (5) - beraya di istana aunti chah

"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta. Kekayaan yang sebenar adalah kaya diri". Apa makna 'kaya diri'?, hai nak-anak ku.

album raya (4) - kak wa & anak-anak, datang beraya

Solehuddin, Adat, Shafie, Kakwa, Mek Yah, Kak Ida, Sulaiman

album raya (3) - bersama famili abadi

Zahid, Abadi, Umi, Tok, Abanab, Emy, Sakinah, Nazirah, Nasihah, Wahida, Fatimah, Acik, Che adik, Aisyah, Udin

album raya (2) - bersama famili Kak Zailani

Yunus, Hajar, Umi, Kak, Tok, Che adik, K, Anas.

album raya (1) - beraya dengan TOK/ NYANG


Tok Tuan Chik (Sharifah Aisyah)
Mudah-mudahan diberi kesihatan berpanjangan.

hurray! bonus raya pilih bulu?

boss beri sen raya
syukurlah, boleh buat belanja raya lebih sikit
ada yang dapat sikit?
ada yang dapat banyak?
boss kata, bukannya pilih bulu..
sapa kerja (bukan ampu) lebih, dapat lebihlah!
dah dapat tu, terima jelah..
thank you boss.

membantu mereka yang memerlukan




Surau Hj Ramli dengan kerjasama PAS cawangan Binjai, MTD Air Putih dan Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Binjai (BAKAB) membahagikan sumbangan sempena Idilfitri kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Harun, bekas ADUN PAS Air Putih.

Sunday, October 29, 2006

mek ti - selamat maju jaya..

Bersama berakhirnya Ramadhan, mek ti akan mengakhiri kariernya di petra. Selamat maju jaya! Kiranya ada yang belum selesai, harap tidak lupa di selasaikan. Terima kasih.

Friday, October 20, 2006

selamat hari raya idilfitri

Selamat Hari Raya Idilfitri buat semua. Khusus buat Saba dan anak-anak..
Mudah-mudahan ramadhan lalu berjaya membersihkan jiwa kita dari sifat-sifat buruk.
Tingkatkan ibadah, jangan tinggal solat!

Wednesday, October 18, 2006

10 akhir ramadhan

Ini sebuah nasihat untuk diriku sendiri dan pak alim. 10 akhir ramadhan ni, carilah lailatul qadar. Ibadat malam lailatul qadar lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun!).

Jangan preoccupied sangat fikir pasal 'dinar'.
Jangan tamak! Walaupun orang putih kata, 'greedy is good'.

Banyakkan bertaubat dan bersedekah. Jangan tamak!

Zakat jangan dilupa: zakat fitrah dan zakat pendapatan!

Kalau boleh cari sendiri orang miskin, beri sedekah atau zakat. Jangan kedekut dan jangan tamak!

Sunday, October 15, 2006

'namat' surau hj ramli


Majlis berbuka puasa di Surau Hj Ramli tetap meriah walaupun masih dalam pembinaan (pengubahsuaian surau kayu jadi surau batu).

dinar iraq & peluang jadi kaya?

Menurut yang empunya cerita, dinar iraq sekarang jadi rebutan di mana-mana? Nilai sekarang tak sampai 1 sen (USD). Harga pasaran masa belum perang adalah melebihi 3 dolar. Duit baru iraq ini (imej ibnu haitam, pengasas ilmu optik) dijangka akan di apong tahun 2007 atau 2008 atau mungkin lebih lama? Dan dia akan kembali ke nilaian asal atau lebih tinggi lagi? Iraq adalah antara pengeluar minyak dan gas yang terbesar di dunia. Dengan kata lain, ia adalah pusat kekayaan dunia. Sesiapa yang beli dinar iraq sekarang akan jadi jutawan.. menurut yang empunya ceritalah. RM670 boleh jadi RM18,500 hanya bila dinar naik ke 10 sen (USD)? Bayangkan kalau dia kembali ke harga asal..
Pak Alim! buleh pecaya ke dok?

Friday, October 13, 2006

AlFatihatu ila To'ki Mbong

To'ki Mbong, ayah Imam Haji Ramli meninggal petang semalam. Jenazah selamat disemadikan di perkuburan Binjai sejurus sebelum berbuka puasa.
To'ki Mbong semasa hayatnya amat mesra menyapa abah bila bersua depan kedai atau sesekali melawat halaman rumahnya 20 meter di sebelah kedai kita.
Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Wednesday, October 11, 2006

aroma pasar ramadhan tak dapatku tahan lagi

Ikan Pari bakar rm6.00 X 2keping;
gulai kawah rm3.00 X 2 bungkus.. sebungkus untuk berbuka, sekeping untuk bersahur.
Kueh penganan kacang saiz S rm3.00 sebiji.
Walaupun berpuasa, orang nampaknya sedang berpesta makanan. Aromanya buat 'sen' aboh terbang tanpa sadar..

Sunday, October 08, 2006

amira - she speak english!




Our new friend, amira (neighbour) . So children, improve your english with her. She speak english. Melayu pandai sikit2 je..

Monday, October 02, 2006

Panduan melatih anak berpuasa

1- Berbuka bersama keluarga di rumah. Hidangkan makanan yang digemari anak anda. Ini menimbulkan keseronokan.
2- Selepas berbuka, amalkan niat berpuasa bersama keluarga. Anak kecil akan berasa lebih seronok.
3- Kejut anak anda untuk bersahur. Bangun pagi untuk menikmati makanan adalah sesuatu yang baru bagi kebanyakan kanak-kanak.
4- Jangan biarkan si kecil begitu aktif termasuk bermain kerana ini mungkin boleh memenatkan mereka.
5- Pastikan jika anda mempunyai anak kecil berusia empat tahun atau kurang, jangan biarkan mereka makan di hadapan anak yang sedang berpuasa.
6- Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh ‘menggugat’ si kecil.
7- Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh.

Sunday, October 01, 2006

ROSE, hanya 2 bulan

Nampaknya hanya 2 bulan kak ros bersama kita di kedai..
Harap dapat pengganti yang lebih baik.

(Sebelum ni, kak fifi bekerja di kedai depan pondok polis, kurang lebih satu tahun).

Pengganti kak ros (belum tahu nama), khabarnya adalah adik mek nor, jiran belakang kita yang baik hati dan ringan tulang. Harap adik diapun macam dia!

puasa si miskin

Ini ada satu kisah buat teladan anak-anak abah. Baca dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, dan berdoalah agar kita sentiasa dilimpahi rahmatNya.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? " "Mak pergi menoreh," jawabnya. "Mana bapak?" "Bapak pergi kerja..." "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. "Awak ada berapa orang adik-beradik?" "Sepuluh." "Adik ni yang ke berapa?" "Saya yang kelapan." "Mana abang-abang kamu pergi?" "Tolong emak menoreh." "Adik puasa hari ini?" "Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah di mana?" "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". "Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.

Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.." Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat. "

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" "Cuma RM3.00 sehari." "Ayahnya bekerja macam mana" "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.. Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang, hinggakan kita lupa bahawa kalaupun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita!