Monday, June 30, 2008

serupa tapi tak sama?


(sebelum dan selepas 'mesin' rambut)

ali and the gengs


angah, mek ira, kak ton

Angah (yang menggantikan mek ira) hanya seminggu di kedai. Dia akan melanjutkan pelajaran ke UPM? Harini mek ira masuk semula untuk sebulan.
Bulan depan khabarnya kak ton (kakak mek ira) akan gantikan dia. Diharap kak ton sememangnya minat nak bekerja - bukan sekadar nak mengganti kekosongan kerana 'kesian, kaksa sibuk ngat'..

maryam di smsi

maryam antara yang terpilih tuisyen 3 hari 2 malam di smsi. Moga cemerlang di upsr 2008

Tuesday, June 24, 2008

cempedak jadi nangka

sekonyong-konyong mek ira hantar sms nak berenti kerja - siap cari pengganti.
"akum ksa, ra rasa kena brenti keje dh n. Wt nyusoh k ksa xg keje sokmo.. ra cari dh org ganti n.. kwan ra y cti U n, dia baik, blh wat keje.. ra suruh dia ganti ra neh. pas bln dpn k.mah ra nk ganti keje c2. kalu ksa bg ra kbolah k dia. blh x n? ra sian gok k ksa.. ra nk keje tp ra x rok sgt2.. "

Sunday, June 22, 2008

ibu masuk SINAR

kali ni giliran ibu. Kejayaan ibu telah disiarkan oleh akhbar sinar harian semalam 21-jun. Ki yang mula-mula sedar dan menelefon ibu. Habis kedai dan pekerja kak ma di katakan kedai dan pekerja ibu. Harap kak ma tak kesah.
Tahniah sabariah. Terus berusaha.

Tuesday, June 17, 2008

nde kedy

"Yaa Allah, yaa Rahman, yaa Qodir, kembalikan nde kedy ke pangkuan keluarganya.. Selamatkan dia dari segala fitnah dan tunjukkan kami semua jalan penyelesaian terbaik. Amin ".
Abah hanya mampu berdoa.

Friday, June 13, 2008

jangan gong

lukisan syed hasan masuk majalah ana muslim keluaran jun 2008.

Wednesday, June 04, 2008

Boleh istinja’ dengan tisu


Ustaz azhar idrus dalam kuliyyahnya semalam di surau batu 2 (kampung Jaya) memberitahu bahawa kertas tisu yang menyerap boleh digunakan untuk istinja’ (bukan tisu jamuan yang permukaan licin) . Ini sesuai sekali dengan penggunaan tisu gulong di tandas hotel.

Kebanyakan ustaz sebelum ini memberitahu kita hanya benda keras seperti batu saja yang boleh digunakan untuk istinja'?

Tambahan lagi, beristinja’ dengan tisu (3 kali) adalah memadai walaupun ada air!

Hukum istinja’ tidak sama dengan hukum tayammum yang hanya boleh diamalkan ketika sukar mendapat air atau sakit.

Bagi menolak was-was terhadap hukum ini (penggunaan tisu untuk beristinja’, walaupun ada air), ustaz azhar menganjurkan supaya diamalkan ilmu ini. Walaupun begitu, penggunaan air adalah lebih afdhal.

Tuesday, June 03, 2008

usahawan cacing

setelah usahanya menanam lada tidak begitu menjadi, mat duan tidak pernah serik mencuba bidang baru. Kini dia berusaha menternak cacing secara komersil. Khabarnya memelihara cacing tidaklah begitu payah, kerana cacing makan apa saja bahan buangan dan boleh dipelihara hanya di ceruk dapur. Sesiapa yang berminat bolehlah contact mat duan 0139233664.

Monday, June 02, 2008

kem hafazan


Hanya husayn yang menyertai kem hafazan pondok mustaqim, 30mei - 2jun. Ceramah ustaz Abdullah Khairi masa pembukaan kem, masih memberi kesan mendalam kepada husayn walaupun ini sudah kali ke-2 dia mendengarnya. Hasan hanya senyum-senyum bila ustaz minta mencari dan memelok bapa masing-masing..