Wednesday, January 31, 2007

phuket - boleh gi pulok?

cikgu (distributor TW kuantan) menelefon ibu. Setelah dipertimbangkan, ibu ditawar semula ke phuket dengan syarat membuat bayaran tambahan. Setelah bersyukur kerana ibu tak jadi ke phuket minggu lepas, tentu sukar bagi abah untuk bersyukur pula dengan tawaran ini. Tapi atas minat ibu yang masih tinggi, abah tidaklah berhalangan. Mudah-mudahan selamat pergi dan balik.

lembaga bakar motor di olong?

kecoh di kampung olong binjai. Ada lembaga yang membakar motorsikal setiap malam. Malam pertama, kebakaran turut melibatkan sebuah rumah. Penduduk kampung keluar berjaga malam, tapi hingga kini lembaga itu belum dapat ditangkap.
Khabarnya khidmat bomoh telah digunakan sehingga mereka membunuh seekor kucing. Lalu membuangnya ke sungai geliga. Macam-macam cerita tahyul telah tersebar. Astaghfirullah.
Harap penduduk akan ramai-ramai solat hajat minta pertolongan ilahi..

urutan kaki abang man bukit

semasa sampai di perkampungan ustaz harun, kami disambut oleh abang man (adik ustaz harun). Sementara menunggu kepulangan ustaz harun, abah bercerita tentang kemasukan husayn ke wad semalam. Abang man rupanya seorang bekas pelajar hoeoparthy. Belajar hanya separuh jalan kerana guru banglanya tamat tempoh imegresen. Bila tahu husayn ada masalah jantung, abang man terus mintak kaki abah untuk diurut. Menurut abang man bahagian bawah sendi jari manis kaki adalah urat ke jantung.
Aduuuuh!!!
Alangkah sakitnya bila abang man urut bahagian itu. Untuk membaiki keadaan jantung, abah atau sesiapa saja yang ada masalah jantung, dinasihatkan selalu urut pada bahagian itu.
Di tapak tangan, urat ke jantung terletak di sendi paling atas jari hantu. Urutlah selalu yaa abal qosim!

dah lama tak usrah..

Sejak berhenti kerana puasa ramadhan, sekarang dah muharram - 4 bulan tak usrah! Semalam abang mi (helmi) ajak jumpa ustaz harun untuk sahkan jadual yang telah disusun. Jadual kali ni lebih kerap melibatkan usrah dan kuliah setiap minggu. Mudah-mudahan berjaya capai matlamat yang diperjuangkan..

Tuesday, January 30, 2007

Husayn masuk wad

29jan07, husayn mengadu sakit dada. Ini bukanlah kali pertama. Setiap kali demam dan batuk, dia akan mengadu sakit dada. Bimbang kalau-kalau ada kaitan dengan operation jantungnya dulu (IJN), kami hantar dia ke hospital kemaman.
Doktor pegang.
Di wad, Dr tanya abah macam dalam court. Bila ibu beri kenyataan yang berbeza, kemarahan doktor 'andartu' pun buat kita rasa tak selesa ditahan di wad.
Husayn keluar 12 tengahari 30/1, setelah mengaku tak sakit lagi. Temujanji seterusnya dengan doktor pada bulan mac, untuk keputusan ujian darah?

che' adik nikah

5.55pm, 26-januari-2007, adik abah paling bungsu selamat diijab kabulkan dengan Syed Ahmad Subki (pangkat sepupu). Mudah-mudahan jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Dalilah!

Thursday, January 25, 2007

SABA tak jadi ke phuket

Februari depan patutnya ibu dapat pergi phuket. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang tentulah abah rasa tak selesa membenarkan ibu ke sana. Kalau ikut tahun lepas, musim tengkujuh berlarutan hingga februari. Ngeri kes tsunami masih lagi dalam ingatan.
Semalam, ibu diberitahu dia tidak melepasi syarat (Tupperware) ke phuket.
Syukurlah.

Wednesday, January 24, 2007

KI selamat kembali dari tanah suci

selasa 23/1, lebih awal sehari dari jadual asal. KI pulang dari tanah suci. Nampak sedikit uzur dan batuk. Selain itu, tiada banyak perubahan - KI tetap KI !
Sungguh banyak hadiah yang dibeli.

Wednesday, January 17, 2007

ibu hampir dilamar 'hartawan'

seorang pakcik tua mendakwa punya seorang anak bergaji besar di petronas. Dia sedang mencari menantu 'semacam ibu' untuk anaknya itu. Mahu yang tidak gemok sangat, tinggi dan tidak bekerja. Mulanya dia ingat ibu masih belum berpunya..
Pakcik itu sendiri seorang yang kaya-raya, punya deretan banglo sewa di mak chili. Ada ladang sawit dan pekerja indo. Ada lembu-lembu yang nak dilastik.. sebab itu dia datang kedai ibu - nak beli lastik seringgit!
Seterusnya pakcik menawarkan dana petronas berpuluh ribu untuk memajukan perniagaan. Tak perlu bayar balik, hanya tunjukkan kemajuan dalam perniagaan..
Kalaulah semua ini betul..

antara berjuang dan cari makan

sekiranya mat duan tak ambil guru baru, PASTI mungkin mampu untuk menaikkan elaun bulanan guru sediada. 4 guru + seorang pembantu untuk 60 murid dikira berlebihan. Tapi adakah 3 guru sediada telah memberi full comitment pada pasti dan aktiviti parti? Hal ini juga harus diambil kira.
Guru baru tidak harus dibiarkan mengalami dilema sama dengan guru lama. PASTI memerlukan guru yang memahami hakikat bahawa mereka sedang berada dalam perjuangan menegakkan sistem pendidikan islam, bukannya sekadar bekerja cari makan..

Tuesday, January 16, 2007

pasti hidup atas semangat perjuangan?

dalam laporan kedudukan kewangan oleh hal ehwal guru pasti alqamariyyah semalam, zali mengemukakan laporan yang menunjukkan sama paras antara pendapatan bulanan dan jangkaan perbelanjaan bulanan. Dengan itu pasti tidak ada keupayaan untuk menaikkan elaun guru pada kadar tahun lepas.
Elaun guru besar sekadar RM200 lebih, sementara guru biasa kurang dari itu. Mereka perlu dibantu supaya dapat memberi komitmen sepenuhnya. Bagaimana ye?

Monday, January 15, 2007

tuan-tuan pengerusi yang sibuk

bila kita tidak hadir satu-satu mesyuarat, orang akan terus menganggap bahawa kita sudah tidak mempunyai komitmen atau tidak berminat lagi. Soal mengapa tidak hadir, itu tidak berapa penting. Soal notis mesyuarat yang diberi kurang dari 24 jam, tak timbul langsung. Lainlah kalau nak hadir mesyuarat dengan hanya berlenggang tangan.. aku setuju, aku setuju, minum air, lepas tu balik tidur - tiada tindakan konkrit!
Itu semalam, mesyuarat KRT punya pasal.
Malam ni mat duan pula ajak mesyuarat pasti. Juga notis pendek.. Kalau ikut hati, memang malas nak pergi. Tuan-tuan pengerusi ni hanya ambil kira masa mereka. Mereka kira mereka saja yang sibuk..

tak hadir mesyuarat akhir KRT2006

Semalam, Pengerusi KRT taman semarak ajak mesyuarat . Surat dia beri petang. Mana boleh! Tak sempat nak prepare langsung. Lagipun SABA ada meeting muslimat malam ni. Siapa nak tengok Aliy? Khabarnya mesyuarat kali ni untuk bubar JK lama, ganti JK baru (2007). Pendapat abah - selagi pengerusi lama tu kekal, KRT taman semarak binjai tak akan kemana.

Sunday, January 14, 2007

mat mustofa 'main tarik tali'

Sungguh mengecewakan! Mat mustofa sekali lagi telefon menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan niatnya membeli tanah di wakaf tapai kerana dibantah oleh ahli keluarganya. Mereka berpendapat harga yang ditawarkan itu masih mahal.

"tahun depan dia pulok"

Abang Mbong rupa-rupanya dah balik dari dari Makkah. Abah baru sedar kerana dah seminggu tak ke surau. Semalam pergi ke surau ikuti kuliyah maghrib ayahanda ustaz syed abu bakar. Semasa bersalam selepas solat isyak berjemaah, abah ambil peluang peluk abang mbong. Masa tu, ustaz Syed Abu Bakar kata, "tahun depan dia pulok!". Abah memang tengah berangan nak pergi buat haji secepat mungkin kalau mat mustofa jadi nak beli tanah di wakaf tapai..

hujan dan bil klinik yang menakutkan

Hujan lebat telah membawa banjir besar kali ke 2 di johor. Habis tenggelam kereta dan rumah. 80 ribu penduduk terpaksa berpindah sekali lagi. Mudah2an dielakkan kita dari bencana yang sebegitu.
Bila hujan, amal selalu baca doa :
ALLAHUMMA SOIYIBAN NAFI'A - Ya Allah, turunkan ke atas kami kebaikan.
Elakkan bermain hujan. Tengok, syed aliy dah demam, hingga bengkak kelenjar. Di klinik Ibnu Sina, mereka tak benarkan lagi penggunaan kad ING untuk ahli keluarga.
Terkejut dengan total cash yang abah kena bayar, syed aliy terus baik demam esoknya.. :-)

ATEH dan cucunya di semarak

mengapa perlu rasa tak selesa bila ada tamu nak bermalam di rumah kita yang sempit? Janganlah! Janganlah begitu! Sambutlah siapa saja yang sudi nak bermalam di rumah kita. Walaupun sempit dan terpaksa berkongsi bilik, kita mesti sambut tetamu dengan baik. Satu hari mungkin kita sendiri terpaksa bermalam di rumah orang lain yang lebih kecil? Jadi lapangkanlah dada, terima tetamu dengan hati terbuka.
Balik dari dungun, ibu menumpangkan ATEH ke rumah NDE sang di Bukit Kuang. Malangnya nde sang tak ada. Jadi ateh dan seorang cucunya (anak ROKI) bermalam di taman semarak. Budak itu nampak cerdik dan indipendent walaupun masih kecik.

Thursday, January 11, 2007

zamri last day

24 hours resign letter! Zamri jadi orang pertama berenti petra untuk tahun 2 0 0 7. Dia dapat kerja di PFSO. Training di Johor dulu 2-3 bulan. Masa dia datang jumpa abah nak salam akhir, abah pesan dia supaya kawin cepat-cepat.. Umur dah lanjut, kerja dah ada, tunggu apa lagi?
Semoga lebih berjaya. Hati-hati kerana johor dah jadi negeri banjir. (Kota Tinggi tenggelam minggu lepas).

Wednesday, January 10, 2007

MA beranak

dua hari sebelum mek ta kawin (kali ke 2), MA beranak (rabu 3 jan 2007). Dahulu, mereka berdua adalah pembantu utama ibu waktu mula buka kedai di binjai. Kini, yang sorang dapat anak baru, yang sorang lagi dapat suami baru.
Semalam pergi ziarah anak baru ma - lelaki, nama - mohd muhalil. Moga jadi insan soleh..
Di rumah Ma, abah ternampak senarai baru jk KRT rumah murah 2007/08 - tiada nama pok mang ?

Tuesday, January 09, 2007

biasa, tapi pelik di petra

seawal pagi bos wan dah basuh kereta depan workshop. Keterampilan kena jaga. Kejap lagi nak pergi meeting di kerteh.
Mungkin tak ramai yang perasan yang di petra kemaman, hanya kereta wan yang ada sticker petra. Pelikkah?
Di tempat kerja lain tentulah biasa saja bila seorang pekerja memakai stiker tempat kerja mereka. Misalnya pekerja TNB pakai stiker TNB. Itu biasa.
Tapi di petra, bos wan pakai stiker petra - ianya jadi suatu yang pelik! Hanya bos wan yang pakai stiker tu. Pekerja lain tak pernah dapat dan tak pernah tahupun yang petra ada buat stiker rupa-rupanya?
Demikian juga kalau ada pekerja petra kemaman yang pakai diari petra. Ianya pelik kerana diari itu tidak diperuntukkan kepada pekerja. Hanya untuk client?

pok mang mushtari

pok mang mushtari tidak puas hati..
Dia telah menjadi mangsa pilih bulu. Kontraktor - dapat; Yang ada lori 3 biji - dapat.. Mengapa pok mang tak dapat? sedang pok mang dah aktif umno berpuluh tahun, warga emas dan seorang bapa tunggal pula.
Pok Mang sekarang aktif KRT rumah murah binjai. Dia maklumkan, sabtu ni akan buat aktiviti jamuan hari raya. Tiada ura-ura rombakan JK KRT rumah murah kerana JK sediada cukup berkesan.

Monday, January 08, 2007

tiada diari untuk pekerja bawah?

tidak seperti tahun-tahun sudah, kalendar dan diari bersepah bila menjelang tahun baru. Tahun ni kalendar dapat satu, diari hampir-hampir tak dapat. Bos 'atas' utamakan client dari pekerja sendiri. Nampaknya tiada diari untuk pekerja bawah!
Memang sejak tulis blog, abah dah tak guna diari lagi. Tapi diari boleh juga diguna untuk buat catatan lain. Misalnya perbelanjaan harian dan lain-lain peringatan. Atau boleh bagi orang lain.. atau boleh simpan dalam laci!
Satu perkara yang bos mungkin lupa ialah hakikat bahawa pekerja juga adalah client iaitu 'client dalaman'. Atas kesedaran itu barangkali akhirnya, bos wan senyap-senyap beri juga abah sebiji diari merun petra.

Friday, January 05, 2007

mek ta nikah petang ni..

sebut mek ta dah tentu ingat buah bom yang dia selalu beri pagi-pagi buat sarapan. Masa tu dia tolong kita buka kedai. Sambil datang ambil kunci kedai, mek ta selalu saja bawa kuih buah bom. Abah akan buat bekal pergi kerja.
Sekarang dah lama dia tak datang..
Last minit, akhirnya dia jemput juga pergi majlis akad nikah dia di masjid geliga. Malangnya ibu ada meeting di KL. Sejak dapat rakan niaga baru, mek ta khabarnya 'dingin' sikit dengan ibu.
Harap lepas nikah nanti, boleh buang yang keroh..
Selamat bernikah. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat..

kecoh dinar iraq

bagai yang pernah abah jangka. Hal ini pasti akan jadi isu surat khabar.
Harian metro keluar headline hari ni tentang dinar iraq - tajuk: Jutawan Dinar Iraq. Ia sekadar memaklumkan yang ramai orang dah 'terpedaya', tetapi tidak mempertikai samada dinar iraq itu palsu?

ibu drive sendiri ke KL

Ibu pergi KL hari ni dengan 3 rakan niaganya, ke konvensyen Tupperware. Kali ini dia drive sendiri. Harap semua selamat dan harap bisness ibu lepas ni makin maju.
Kak umipun ikut sekali. Dia pun sekarang dah jadi manager macam ibu.
Abah jadi manager anak-anak cukuplah..

Thursday, January 04, 2007

jk KRT semarak dah tamat tempoh

Encik Hanapiah (Pengerusi KRT) semalam memberitahu bahawa tempoh jk KRT semarak binjai telah tamat tempoh. Dia sedang draf jk baru. Katanya, proses ini tidak perlu kepada mesyuarat agong. Hanya draf dan hantar nama jk cadangan itu kepada pegawai perpaduan daerah untuk disahkan.
Harapan abah ialah, jk baru akan dapat melaksanakan amanah dengan baik, tidak sebagaimana yang sudah-sudah. Yang paling penting kena tukar adalah pengerusi dan SU!

nampak selesai dengan mudah

Akhirnya kekalutan terungkai dengan begitu mudah (nampaknya). Zahid dan isterinya yang belum lepas bulan madu, menghantar wahida dan umi (kawan wahida) ke UKM - sambung belajar 1½ tahun lagi. Singgah sebentar di taman semarak dengan membawa senyum simpul, seolah tiada lagi masalah.
Alhamdulillah syukur, mudah-mudahan semua selamat dan berjaya. Amin.
Malam-malam rumah ayahni takdo' kuih. Mari kita cicoh roti keras..

Tuesday, January 02, 2007

yuran sekolah yang menekan

musim persekolahan bermula hari ini. Hasan masuk darjah 6; maryam darjah 5; husayn darjah 3 sesi petang dan fatimah darjah 1. Total yuran pendaftaran menghampiri RM400. Itu belum masuk pakaian dan lain-lain persiapan persekolahan.
Zaman abah sekolah dulu yuran persekolahan adalah RM3 setahun. Itupun bayar last minit. Ketika itu negara malaysia belum membangun, tapi rakyat dapat kemudahan pendidikan dan perubatan secara percuma. Sekarang? Nak masuk tandaspun kena bayar.

zubir desak masuk mayfirst

dah rimas sebenarnya nak masuk ahli direct selling ni. Tapi setelah didesak, tak reti nak mengelak lagi. Masuklah juga. Kali ni, mayfirst - produk perubatan. Killer produknya adalah - pronoton, ubat kuat orang lelaki. Upline - en zubir bekas member abadi. Memang dah lama sangat tak jumpa dia. Mana tahu dapat seriya-samas, kata en. zubir.. :-(

2007 tahun kuning

kesempatan sehari suntuk berada di rumah (hari cuti ke2 raya haji), ibu mendesak supaya cat yang dah lama dibeli itu dibereskan. Tahun 2007 yang menteri pelancungan malaysia isytihar sebagai tahun melawat malaysia, kita sedia mendiami suasana kediaman yang menguning. Pening kepala mek yam. Kalau pening, masuk bilik!

kelainan di raya haji

selain ianya di sambut dua kali di tahun 2006, antara kelainan di raya haji kali ni ialah beraya tanpa hadir majlis sembelih korban. Biasanya raya pertama hadir majlis korban di binjai; raya ke-2 hadir majlis sembelih di perkarangan rumah abadi.
Tapi kali ni, terlepas kedua2 majlis tu.. Mudah2an semua selamat. Amin.
Selamat berkorban, termasuk mengorbankan perasaan tertekan akibat perlakuan yang mencarik adat, tetapi tidak melanggar syariat.. Selamat Pengantin Baru buat Abang Zahid dan Wan Nor Safirah bt Harun. Mintalah pertolongan Allah dengan Sabar dan bersolat.

kak chik timah konpius

setelah KI pergi nikah (sebenarnya mekah) naik kapal terbang, mengapa kita pergi (majlis)nikah (abang zahid), tak boleh naik kapal terbang?
Kak Chik masuk darjah satu ehsan, hari selasa 2 jan 2007 dengan penuh yakin.

tak sempat majlis akad zahid

program asal jam 3 petang (30/12/06). Diawalkan 12 tengahari. Jadi tak sempat nak berkejar ke sana (Kampung Tualang, manir). Bila sampai, majlis sudah selesai. Jadi antara tamu yang terakhir. Restu abadi kita panjatkan ke hadrat Ilahi..

BOS lama ziarah

ingat lagi bos lama? Encik Fauzi sekarang buat bisness pakej mak andam dan fotoghrapher. Dia ada projek di rumah murah binjai. Lepas projek, dia singgah ziarah di taman semarak. Dah lama tak jumpa dia. Kak Ti koho comel walaupun umur dah hampir 50, maklumlah pakar solek sekarang ni. "Lebih baik jual buah dari jual prepaid untung 10 sen!" - Fauzi.

menyanggah BOS

perkataan menyanggah mungkin amat kasar. Lebih tepat, tak ikut cakap bos. Abah bukan selalu buat begitu. Sedaya upaya abah akan tunaikan apa saja yang bos mahu. Tak kiralah bos wan ke, bos sham. Dia suruh OT petang jumaat, sedang abah perlu hadir majlis nikah mek zan..