Friday, December 05, 2008

kak emy nikah

ayahdi menikahkan sendiri kak emy. Tahniah. Mudah-mudahan mendapat rahmah dan barakah (03 dec 2008, malam khamis)

Thursday, November 13, 2008

3A2B

keputusan upsr keluar harini. Yam dapat 3A2B.
tahniah. Usaha lagi. Kurangkan tengok TV

Friday, November 07, 2008

gatal mulut

bila ibu berasa gatal mulut akibat makan satay kurus yang abah beli di kedai, dia hanya perlu cerita2 sikit ke jiran2 sebelah belakang dan sebelah tepi. Satu majlis bakar satay sedia dianjurkan. Barulah puas hati makan satay yang gemok2 buatan sendiri..

Wednesday, October 22, 2008

Puasa - Petua tak lapar

Ada sahabat yang berbisik bahawa terdapat satu petua untuk tidak berasa lapar/ dahaga bila berpuasa - menelan air liur tiga kali waktu sahur, sambil membaca QulhuwalLoh!
Abah tak pasti betul ke tidak?
Apa yang abah selalu beritahu anak2 mungkin sebaliknya: Bila kita berasa lapar masa berpuasa dan kita berjaya menahan ujian lapar, sudah tentu kita mendapat pahala yang lebih besar berbanding orang yang puasa tapi tidak merasa lapar. Tujuan disuruh berpuasa adalah supaya kita dapat menghayati kelaparan dan kesulitan yang dirasai oleh mereka yang miskin dan susah.
Tiba-tiba ada petua supaya tidak lapar ketika puasa dengan guna ayat quran?

Puasa 6

Abah rasa kagum dengan semangat anak-anak yang mahu sama-sama meneruskan amalan puasa 6. Masa abah kecik-kecik dulu semangat seperti ini seingat abah, tak ada. Cukup dengan puasa ramadhan saja. Selesai Ramadan, rasa lega kerana tak perlu berlapar lagi. Puasa 6 kami anggap hanyalah amalan orang tua/ dewasa saja.
Anak-anak sekarang nampaknya lain..
Kelebihan puasa 6 bulan syawal setelah sebulan puasa ramadhan adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.

Tuesday, September 30, 2008

selamat hari raya


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
tahniah buat anak2 abah yang berjaya puasa cukup sebulan

Thursday, September 25, 2008

keras pedal

"bangsa orang keras pedal.."
seseorang dianggap 'keras pedal' bila enggan mengakui kesilapan, biarpun setelah berhari2 ditegor kesalahannya.

Tuesday, September 23, 2008

mbok limah



sedari awal abah tak rasa ada keserasian..

Thursday, September 18, 2008

istana yang luruh


'Istana' ini milik siapa? mengapakah ia di biarkan begitu? Alangkah kiranya masih ada ifrit yang mampu memindahkannya?
binaannya sudah luruh satu persatu. Apakah sebenarnya yang masih nak dipertahankan lagi?

islam jadi penentu


dah lama tak dengar ceramah tokguru hj hadi. Minggu lepas, dalam ceramah di mak chili, tok guru kata - apapun berlaku selepas 16 september, pas akan tetap dengan prinsip islam. Kalau kerajaan baru nak islam, kita akan bersama. Kalau sebaliknya, kita akan berlepas diri..

Wednesday, September 10, 2008

yam hadapi upsr

walaupun berpuasa, yam nampak macam tak kesah hadap upsr 2008. Mudah2an dia berjaya dunia akhirat.

sayonaralah pokcik ukk

Abah cukup bengang dengan pokcik ukk ni. Dia suruh abah uruskan ustaz2 yang perlu tazkirah sepanjang ramadhan, tiba2 dia boleh cansel begitu saja ustak yang abah dah janji (rujuk: ustaz hazri ganti hj roslin, 10/sept/08).
Dulu dia dah buat hal sekali, kes baju budak pasti. Kita dah ode baju putih, tetiba dia gi ode lain. Abah rasa macam dah serik..
Mengucap sayonara pada pokcik ukk tak bermakna abah perlu tinggalkan kerja2 kebajikan di surau dan cawangan..

Tuesday, September 09, 2008

imam ramli meninggal

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali". Ungkapan inilah yang sering abang lie ucapkan di mikrofon masjid, bila berlaku kematian di binjai, sebelum dia dipecat dulu.
Sabtu lepas, abang Lie meninggal di Mekah ketika mengerjakan umrah. Dia seorang imam yang berani berkata benar di hadapan penguasa yang zalim. Pasti sukar mencari galang-ganti. Al Fatihah.

Friday, August 29, 2008

petra family day 2008

harini bos wan beri pelepasan awal, jam 10 pagi. Nanti petang familyday di the rhu. Sejurus sebelum keluar dari ofis, abah singgah di bilik air. Sebaik saja nak stat motor balik, bos chin telefon supaya semua jangan balik? Sedang semua kengkawan dah balik selain bos wan sendiri yang sedang tunggu ofis. Khabarnya boss chin dah mengamuk, mengapa semua orang tinggalkan kerja.. Semangat family day kini drop mengejut..
Demi anak-anak, abah terus kuatkan hati..

Wednesday, August 27, 2008

NDE seberang meninggal

NDE seberang meninggal.
Alfatihah..
kamis 21/8/08, tengahari
tiada siapa yang tahu bila masa yang sebenar..
Ayah ngah Marjam yang mula sadar.
Tiada anak dan harta yang ditinggalkan
selain keikhlasan
pada wajahnya yang bersih, kaku..

Tuesday, August 19, 2008

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Friday, August 15, 2008

OC, hilang handset

seseorang telah mencuri handphone OC yang diletaknya di atas meja kedai. Kesian sungguh! dia baru saja bertugas tak sampai ½ bulan, sudah hadapi kesulitan..

Tuesday, August 12, 2008

080808


perlukah makan kek, setiap kali sambut hari lahir?

Sunday, August 10, 2008

qosim merudum

kuat sangat tengok tv, Qosim dapat nombor 20. Biasanya dia hanya fight for top 3.. Apa dah jadi? Walaupun pada kedudukan itu dia mendapat 6A1B, denda tetap kena denda..

Friday, August 08, 2008

kedai MPK depan sekolah

abah tengok kedai hujung, bangunan MPK depan SKB tu dah lama tak buka. Dengar cerita pula kedai yang tengah nak di tutup juga. Toke dia nak jual barang dagangannya 60 ribu.. Meleleh air liur abah.

Wednesday, August 06, 2008

OC ganti kak ira

kak ira benar2 berenti kerja.. Dia kata nak stay beberapa hari lagi untuk ajar OC, penggantinya (nama sebenar fauziah). Sedang molek awal bulan, kak ira masuk hospital? Ramai yang tanya - bakpe? Kalau benar dia tersilap, harap dia taubat.
Harap OC cepat belajar dan cekap macam kak ira..

Wednesday, July 30, 2008

awek aboh

dikelilingi awek vietnam..

Tuesday, July 29, 2008

dia dao cu chi


terowong tempat persembunyian pejuang vietnam.. bayangkan kegelapannya dan peperangan yang berlaku di luar terowong

Sunday, July 27, 2008

kasut tayar

kasut pejuang vietnam yang dibuat dari tayar terpakai..

Friday, July 25, 2008

tinggalan perang




Pengganas amerika hanya mahu membunh, memusnahkan negara orang, sekaligus memesat dan mengkayakan industri senjata mereka..

perangkap maut

tanpa senjata canggih, mereka menghalau pengganas amerika..

Thursday, July 24, 2008

menonton puppet show


mempamer keperitan hidup rakyat vietnam di pedalaman..

Wednesday, July 23, 2008

di tengah awan




menuju vietnam; di tengah awan; teringat peristiwa isra' mi'raj?

Tuesday, July 22, 2008

bersiap ke vietnam

ini di KLIA, bersama geng Tupperware dari kemaman

main bowling

lepas letih bersidang, ibu main bowling. Jangan masuk longkang, sudaah..

Monday, July 21, 2008

boss no.1 tupperware

ibu bersama boss no.1 tupperware



ibu di ranking ke-3, five star dealer. Tahniah!

Friday, July 11, 2008

sementara ibu bersidang



sementara ibu bersidang di KL, kami menghadap laut cina selatan di monica bay. Ke arah utara kami seperti nampak.. pantai vietnam di sebelah sana.

Thursday, July 10, 2008

VIETNAM, mari belajar skit2

XIN CHAO = SELAMAT PAGI, SIANG, MALAM
TOI = SAYA
ANH = KAMU, ANDA (KAKAK)
EM = KAMU, ANDA (ADIK)
VANG, DA = YA
KHONG = TIDAK
CAM ON = TERIMA KASIH
ANH/EM CO KHOE KHONG = APA KABAR
TIEN = WANG
DOI = TUKAR
KHONG BIET, KHONG HIEU = TIDAK TAHU
ANH/EM TEN LA GI = SIAPA NAMA ANDA ?
TOI TEN LA … = NAMA SAYA
MUON = INGIN
ICH = SUKA
KHACH SAN = HOTEL
1 = MOT
2 = HAI
3 = BA
4 = BON
5 = NAM
6 = SAU
7 = BAY
8 = TAM
9 = CHIN
10 = MOUI
20 = HAI MOUI
30 = BA MOUI
40 = BON MOUI
50 = NAM MOUI
60 = SAU MOUI
70 = BAY MOUI
80 = TAM MOUI
90 = CHIN MOUI
100 = MOT TRAM
1,000 = MOT NGHIN
10,000 = MOUI NGHIN
100,000 = MOT TRAM NGHIN
1,000,000 = MOT TRIEU

Monday, July 07, 2008

nde kedy selamat

ternyata che' ani kurang senang dengan sikap tidak ambil tahu abah dan ibu berkait musibah yang melanda keluarganya. Sekurang-kurangnya bertanyalah khabar berita, demikian cara kita tunjuk rasa simpati.
Kini kedy selamat dibawah jagaan amin kadir. Mudah2an selesai dengan baik.

Saturday, July 05, 2008

bukan islam sertai pas

tadi abah hadir mesyuarat agung pas kawasan kemaman ke-48. Zali (SU pas cawangan binjai) mintak abah ganti paksunor (ketua) sebagai salah seorang perwakilan. Cikgu Pa yang merasmikan mesyuarat itu, menyenaraikan 4 asas yang menggerakkan sesebuah organisasi, khususnya PAS. (1) Dasar, (2) ahli (penggerak), (3) .. (4) strategi. Hanya dasar yang perlu kekal, yang lain boleh berubah menurut perkembangan semasa.
Dengar cerita ada cadangan untuk tahaluf dengan umno sekali lagi?
Atau mungkin cg Pa nak bayangkan soal kemungkinan bukan islam dibenar menyertai pas?

Thursday, July 03, 2008

submit cuti ke vietnam

bila abah submit borang untuk bercuti selama 5 hari, ramai kawan yang menyangka abah akan pergi umrah. Masing-masing ucap "alhamdulillah" tanpa usul periksa sebab sebenar abah bercuti. Dua bulan lepas memang ada harapan besar untuk umrah percuma, tapi nampaknya janji abangdin hanya tinggal harapan kosong saja..
Hati abah masih tak sedap nak tinggalkan anak-anak..

Tuesday, July 01, 2008

cheQ return

mek ira (atau lebih dikenali sebagai cheQ di kalangan rakan sebayanya) kembali bertugas semalam. Katanya, dia 'lupa' yang kaksa akan ke vietnam bulan ni. Jadi dia tunda untuk berenti kerja, ke bulan depan.
Foto: cheQ menyampaikan hadiah kereta mainan pada pemenang yang membeli bungkusan plastik hitam misteri 30 sen.

Monday, June 30, 2008

serupa tapi tak sama?


(sebelum dan selepas 'mesin' rambut)

ali and the gengs


angah, mek ira, kak ton

Angah (yang menggantikan mek ira) hanya seminggu di kedai. Dia akan melanjutkan pelajaran ke UPM? Harini mek ira masuk semula untuk sebulan.
Bulan depan khabarnya kak ton (kakak mek ira) akan gantikan dia. Diharap kak ton sememangnya minat nak bekerja - bukan sekadar nak mengganti kekosongan kerana 'kesian, kaksa sibuk ngat'..

maryam di smsi

maryam antara yang terpilih tuisyen 3 hari 2 malam di smsi. Moga cemerlang di upsr 2008

Tuesday, June 24, 2008

cempedak jadi nangka

sekonyong-konyong mek ira hantar sms nak berenti kerja - siap cari pengganti.
"akum ksa, ra rasa kena brenti keje dh n. Wt nyusoh k ksa xg keje sokmo.. ra cari dh org ganti n.. kwan ra y cti U n, dia baik, blh wat keje.. ra suruh dia ganti ra neh. pas bln dpn k.mah ra nk ganti keje c2. kalu ksa bg ra kbolah k dia. blh x n? ra sian gok k ksa.. ra nk keje tp ra x rok sgt2.. "

Sunday, June 22, 2008

ibu masuk SINAR

kali ni giliran ibu. Kejayaan ibu telah disiarkan oleh akhbar sinar harian semalam 21-jun. Ki yang mula-mula sedar dan menelefon ibu. Habis kedai dan pekerja kak ma di katakan kedai dan pekerja ibu. Harap kak ma tak kesah.
Tahniah sabariah. Terus berusaha.

Tuesday, June 17, 2008

nde kedy

"Yaa Allah, yaa Rahman, yaa Qodir, kembalikan nde kedy ke pangkuan keluarganya.. Selamatkan dia dari segala fitnah dan tunjukkan kami semua jalan penyelesaian terbaik. Amin ".
Abah hanya mampu berdoa.

Friday, June 13, 2008

jangan gong

lukisan syed hasan masuk majalah ana muslim keluaran jun 2008.

Wednesday, June 04, 2008

Boleh istinja’ dengan tisu


Ustaz azhar idrus dalam kuliyyahnya semalam di surau batu 2 (kampung Jaya) memberitahu bahawa kertas tisu yang menyerap boleh digunakan untuk istinja’ (bukan tisu jamuan yang permukaan licin) . Ini sesuai sekali dengan penggunaan tisu gulong di tandas hotel.

Kebanyakan ustaz sebelum ini memberitahu kita hanya benda keras seperti batu saja yang boleh digunakan untuk istinja'?

Tambahan lagi, beristinja’ dengan tisu (3 kali) adalah memadai walaupun ada air!

Hukum istinja’ tidak sama dengan hukum tayammum yang hanya boleh diamalkan ketika sukar mendapat air atau sakit.

Bagi menolak was-was terhadap hukum ini (penggunaan tisu untuk beristinja’, walaupun ada air), ustaz azhar menganjurkan supaya diamalkan ilmu ini. Walaupun begitu, penggunaan air adalah lebih afdhal.

Tuesday, June 03, 2008

usahawan cacing

setelah usahanya menanam lada tidak begitu menjadi, mat duan tidak pernah serik mencuba bidang baru. Kini dia berusaha menternak cacing secara komersil. Khabarnya memelihara cacing tidaklah begitu payah, kerana cacing makan apa saja bahan buangan dan boleh dipelihara hanya di ceruk dapur. Sesiapa yang berminat bolehlah contact mat duan 0139233664.