Sunday, May 03, 2009

sepetang di pantai cherating

(ini post terakhir. Blog ini diteruskan di http://ooosening.blogspot.com)


Turut serta adalah Mok, Che Ani, Lan & Family, Solehah. Ada satu family yang bawa ular sawa yang mereka pelihara.
Sementara tu, abah ada baca satu blog yang tulis satu petua orang cina - 'jangan tunjuk semua apa yang kita ada'. Sebab tu kata penulis tersebut, bila kita lihat orang cina berseluar pendek dan hanya bersinglet, jangan terus anggap mereka miskin.

Monday, April 27, 2009

mbak ERTIE

setelah sebulan pemergian mbak Halimah, kini datang pembantu baru mbak Ertie. Lebih muda dan kelihatan willing to work. Harap yang ni lebih baik.
Katanya, baru dua bulan datang dari bandung. Sebelum ni kerja dengan family Sikh di KL. Tapi tak tahan. Minta tukar majikan.

Sunday, April 26, 2009

salam YB wan hakim

Sabtu. YB air putih (wan hakim) datang ziarah rumah sebelah yang dilanda ribut. Dia tanya ilmu apa pakai, elak kena ribut? JKKK yang menyumbang atap rupanya tidak menyediakan khidmat memasang atap hingga siap. Mangsa ribut kena pasang sendiri..

Monday, April 20, 2009

semarak dilanda ribut

3 petang semalam, ribut kuat melanda taman semarak binjai. Antara rumah yang paling teruk adalah rumah Nisa dan rumah Jo. Atap beranda mereka hampir habis diselak. Tahniah untuk JKKK yang segera membantu.

Thursday, April 02, 2009

“Saya menyesal, pak”

Mek Limah berulang kali menyatakan penyesalannya bila menyedari kita benar2 mahu dia balik indo. Dia mula kata nak balik bila kerjanya dipersoal. Dia kata kerjanya tak beres kerana dia sakit jantung dan perlu cuti. Kita tak percaya alasannya. Tapi bila Dr Mas mengesahkan, kita tak boleh tangguh lagi untuk hantar dia pulang. Kalau jadi apa2 di sini lagi susah.
29/march, Mek limah naik bas menuju johor (pak rosdi) sebelum di hantar pulang ke indo. Adakah dia benar2 dihantar pulang? Atau akan bermula lagi satu episode lain yang sama? - seorang majikan mendapat seorang pembantu rumah baru. Setelah semua pembayaran selesai dan setelah berkhidmat sekian masa, pembantu rumah akan mengadu sakit. Majikan akan rugi. Yang buat duit adalah agen!

Wednesday, March 25, 2009

sayonara meklimah

agak cemas bila dr mas sahkan mek limah mengidap darah tinggi dan mempunyai masalah jantung. Soalnya mengapa baru sekarang dia mengaku sakit dan tidak boleh meneruskan tugas. Diharap dia selamat pulang ke pangkuan keluarganya di seberang.
Kita di sini siapa agaknya yang akan menggantikan tempat meklimah? atau abah dah patut mula fikir untuk jadi mr mama..