Tuesday, February 26, 2008

kalah menang bukan matlamat

husayn semalam menyertai pertandingan bercerita di SK Sultan Ismail kemaman. Tak dapat nombor.

md arif bin halus

ayah kak era meninggal. Hanya selepas seminggu diserang strok. Alfatihah.

Monday, February 25, 2008

menggugat kejiranan


demokrasi tentunya dicipta, tidak untuk menggugat kejiranan. Tapi kiranya kita silap percaturan, semangat kejiranan yang patutnya dipupuk setiap hari boleh berkecai sekelip mata. Abah tidak rasa perlu untuk membalas tindakan jiran-jiran kita yang terikut-ikut dengan mood demam pilihanraya sekarang dengan memasang bendera di rumah masing-masing, lalu menarik muka masam bila bersua. Cukuplah memasang bendera-bendera parti di tempat awam - tak payah sampai masuk ke muka-muka rumah.

Thursday, February 21, 2008

kak ida



pandai-pandai jaga diri di rantau orang..

Tuesday, February 19, 2008

mana keutamaan?

Walaupun mbak halimah dah ada, mek erra pula tak dapat kerja. Ibu terpaksa jaga kedai. Rancangan ibu untuk sertai muslimat berkempen di taman semarak kenalah ditawakuf dulu. Bilakah kita mampu untuk meletakkan kepentingan perjuangan mengatasi kepentingan diri dan keluarga?

syukur bila kita sihat

semalam ayah kak erra pengsan di tempat kerjanya seorang diri (kerja guard). Dia hanya ditemui paginya bila orang mula masuk kerja. Semasa abah ziarah di hospital kemaman, dia kelihatan tidak bertenaga dan lelah. Hari ini dia dipindahkan ke hospital kuantan kerana disyaki ada darah beku dalam otak.. Nampaknya erra terpaksa bercuti.

sementara tu, di hospital yang sama ma (rumah sebelah) dah 4 hari di hospital. Abah sendiri tak tahu sehingga abah jumpa pakcik jo di hospital masa pergi ziarah ayah erra. Ma mungkin akan dipaksa melahirkan bayinya lebih awal memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya untuk mengandung lebih lama.

Monday, February 18, 2008

jamdi

sabtu lepas berpeluang mengiringi dua doktor sukarela dari kuantan menziarahi beberapa pesakit sekitar pasir minal, olong dan padang lalang. Program ini adalah sempena kempen PRU ke 12. Kebanyakan mereka yang dilawati adalah yang telah berumur kecuali seorang pemuda (sdr jamdi) yang sudah 4 tahun terlantar lumpuh dari pusat ke bawah, akibat dari terjatuh pokok. Yang istimewanya, biarpun sakit mereka tetap bersemangat untuk keluar mengundi memastikan kemenangan perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Doakan kesembuhan buat mereka.
Sesiapa yang berminat nak bantu mereka, sila hubungi abg mie, 013-9543344.

ahlan wa sahlan Mbak

yang ditunggu dah tiba. Tarikan yang pertama ialah pengalaman mbak bekerja di saudi selama 9 tahun. Lumayan sekali! Syed Hasan pertama sekali harus syukur kerna ngak punya masalah lagi untuk selesai kerja sekolah bahasa arab.

Sunday, February 17, 2008

non partisan


Che' ani pesan - jangan ajak abang yus gi dengar ceramah politik, nanti kena buang TATI..

belajar motor


anak-anak membesar di hadapan kita setiap hari, sehingga kita lupa bahawa mereka sebenarnya bukan lagi anak-anak kecil. Mereka sudah boleh diajar apa-apa kebolehan yang perlu untuk seorang yang sedang menuju zaman remaja.
Peluang bersama dengan Abang Yus, mereka guna sepenuhnya untuk belajar motor. Di zaman remaja merempit ini, abah harap anak-anak abah tiada kecenderungan ke arah itu.

macam BAK

tengok tok guru, teringat BAK

Friday, February 15, 2008

pengerusi bidan terjun

abah bukan tak biasa jadi pengerusi majlis. Tapi kali ini agak berbeza.
Sejak di U, abah dah banyak pengerusikan majlis. Tapi sampai sekarangpun tak reti-reti nak jadi pengerusi yang baik. Selalunya abah akan cuba mengelak, melainkan kalau terpaksa. Di surau, memang dah acap. Tapi sejak awal tahun ni, belum lagi.
Semalam, dalam ceramah politik sempena kempen PRU ke 12 di binjai, sepatutnya ustaz harun ibrahim turun mempengerusikan majlis tersebut. Malangnya pengerusi yang ditunggu-tunggu tak tiba. Abang wel dah tak boleh tunggu. Mahu tak mahu, abah tawakkal saja. Ini kali pertama pengerusikan majlis ceramah politik. Selain abang wel, penceramah semalam ialah Hj Azmi Lop, mantan ADUN bandar.

Thursday, February 14, 2008

strok

yaa ALLAH. Hiburkanlah hati ummi.. Amin.

Wednesday, February 13, 2008

aliy demam

busuk abah demam..
semalam, semasa ziarah kedai abang mie, dia cakap anak dia yang mati kecik (1999) mirip pak aliy. Siap tunjuk gambar.

Tuesday, February 12, 2008

kerja molek, ah


biasanya abah akan berpesan kepada anak-anak semasa hantar ke sekolah - "belajar molek, ah..". Tapi kali ni, qosim mendahului - "kerja molek, ah..!"

Monday, February 11, 2008

salsabila


"nak tengok wajah ahli syurga?". "Tengoklah wajah kanak-kanak!", - aba, dungun

Sunday, February 10, 2008

walimah anak sulong syed zulkifli

jumaat lepas, hadir walimah anak sulong syed zulkifli pasir minal.

di bawah jambatan keretapi, dekat rumah syed zul pasir minal. Teringat lagu ebiet:

Jembatan batu di sebelahku diam
Pancuran bambu kecil memercikkan air
Menghempas di atas batu hitam
Merintih menikam sepi pagi
Pucuk-pucuk cemara
Bergoyang-goyang
Diterpa angin dingin bukit ini
Seperti mengisyaratkan doa
Rahasia alam diam di sekitarnya
Di sini pun aku mencari Engkau
Setiap kali ku panggili namaMu
Namun selalu saja
Hanya gema suaraku
Yang terdengar rindu
Gadis manis duduk di sebelahku
Menyematkan kembang di saku bajuku
Dan bercerita tentang sepasang burung
Yang bercumbu di atas dahan
Tetapi sepi tetap bergayut di dada
Selalu ku teriakkan kata "Di mana?"
Tetapi rindu tetap bergayut di dada
Selalu ku teriakkan kata "Di mana?"
Ketika pulang aku turun ke kali
Dan berkaca di atas air
kulihat wajahku letih dan tua
Tapi aku berusaha tertawa
Anggap hidup hanya sandiwara
Yang kan berakhir segera.

insyirah

anak sulong che' adik

umi nampak lebih sihat


mengambil kesempatan cuti tahun baru cina, kami balik sekejap menjengok umi. Dia nampak lebih sihat. Macam2 ubat dan pemakanan kesihatan yang umi cuba. Sekarang umi boleh berjalan sendiri dengan bertongkat. Yang masih tidak berfungsi sepenuhnya ialah tangan kiri umi; kaki kiri separuh berfungsi. Terbaru umi mencuba susu LGG+, smart naco. Harap umi cepat semboh.

"Dan apabila aku sakit, Dia (Allah) lah yang menyembuhkan"

bila kita buleh naik, saba?


tabung haji patut dapatkan kapal macam ni, bawa orang pergi tanah suci atau mungkin keliling dunia ciptaan Ilahi

Wednesday, February 06, 2008

oriana


cruise ORIANA sedang berlabuh di ksb, kemaman


1828 passengers
10 decks
260 meters in length
69,000 gross tonnes
Built April 1995
Max Speed: 24 knots

Monday, February 04, 2008

HUSAYN, selamat ulangtahun ke 10

02/feb/08, ulang tahun kelahiran husayn ke-10. Abah doakan agar dipanjangkan usia; menjadi manusia berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Friday, February 01, 2008

sekali naik, terus laju


tengok ke depan syed aliy..