Tuesday, September 30, 2008

selamat hari raya


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
tahniah buat anak2 abah yang berjaya puasa cukup sebulan

Thursday, September 25, 2008

keras pedal

"bangsa orang keras pedal.."
seseorang dianggap 'keras pedal' bila enggan mengakui kesilapan, biarpun setelah berhari2 ditegor kesalahannya.

Tuesday, September 23, 2008

mbok limah



sedari awal abah tak rasa ada keserasian..

Thursday, September 18, 2008

istana yang luruh


'Istana' ini milik siapa? mengapakah ia di biarkan begitu? Alangkah kiranya masih ada ifrit yang mampu memindahkannya?
binaannya sudah luruh satu persatu. Apakah sebenarnya yang masih nak dipertahankan lagi?

islam jadi penentu


dah lama tak dengar ceramah tokguru hj hadi. Minggu lepas, dalam ceramah di mak chili, tok guru kata - apapun berlaku selepas 16 september, pas akan tetap dengan prinsip islam. Kalau kerajaan baru nak islam, kita akan bersama. Kalau sebaliknya, kita akan berlepas diri..

Wednesday, September 10, 2008

yam hadapi upsr

walaupun berpuasa, yam nampak macam tak kesah hadap upsr 2008. Mudah2an dia berjaya dunia akhirat.

sayonaralah pokcik ukk

Abah cukup bengang dengan pokcik ukk ni. Dia suruh abah uruskan ustaz2 yang perlu tazkirah sepanjang ramadhan, tiba2 dia boleh cansel begitu saja ustak yang abah dah janji (rujuk: ustaz hazri ganti hj roslin, 10/sept/08).
Dulu dia dah buat hal sekali, kes baju budak pasti. Kita dah ode baju putih, tetiba dia gi ode lain. Abah rasa macam dah serik..
Mengucap sayonara pada pokcik ukk tak bermakna abah perlu tinggalkan kerja2 kebajikan di surau dan cawangan..

Tuesday, September 09, 2008

imam ramli meninggal

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali". Ungkapan inilah yang sering abang lie ucapkan di mikrofon masjid, bila berlaku kematian di binjai, sebelum dia dipecat dulu.
Sabtu lepas, abang Lie meninggal di Mekah ketika mengerjakan umrah. Dia seorang imam yang berani berkata benar di hadapan penguasa yang zalim. Pasti sukar mencari galang-ganti. Al Fatihah.