Thursday, January 31, 2008

4k untuk mbak

bayar 3000 dulu

"mek mu kata nak 40an, mu nak lawa macam mbak arini. Penin aku.." - mat duan toke mek indo

Wednesday, January 30, 2008

balik ngaji/ fardhu ain

maryam bersama anak pak cik zali - suwaibatul aslamiyyah, 11 dan halimatus sa'diyyah, 7

Tuesday, January 29, 2008

terima kasih ki

walaupun sibuk dengan kerja sekolah (arab), hasan tetap tidak lupa hobinya..

sepetang di belakang rumah


nurul dan lagak pak aliy




Friday, January 25, 2008

Thursday, January 24, 2008

hilang?

Dah seminggu pen drive abah hilang. Harap2 dapat jumpa semula. Awal minggu ni, sen ibu dan kad kredit yang hilang tu, dapat jumpa balik. Alhamdulillah. Sekadar ingatan, perhatikan hadis di bawah:

Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim:Daripada Sofiyyah binti Abu 'Ubaid daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w , daripada Nabi s.a.w, bersabda : Barangsiapa yang mendatangi 'arrofan ( iaitu org yg mendakwa memiliki ilmu untuk mencari benda yang hilang ) kemudian memintanya utk mencarikan utknya barang yg hilang itu, kemudian mempercayainya, maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.Sila lihat kitab Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhus Solihiin Jilid 2 m/s 362 (diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabus Salam)

awas anak-anak


rumes percubaan menculik menjadi-jadi sekitar sekolah-sekolah di binjai. Hati-hati. Jangan percaya orang luar.

Tuesday, January 22, 2008

cop getah


dizaman 'tandatanganpun sudah tidak diperlukan' ini, MARA masih lagi meminta cop getah majikan.

Maaflah yunus, bos-bos ayahni tak ada cop getah. Pandai-pandailah kita ejas..

Kalau MARA takut kena tipu, mereka boleh refer web site syarikat tempat ayahni kerja - bukannya susah, sekarang ni orang semua dah pakai online..

Sunday, January 20, 2008

gurau bawa padah

bergurau di sekolah sampai lebam.

yunus datang

ini kali pertama yunus datang walaupun dah setahun di TATI. Apapun tujuannya, harap selepas ni dia boleh terus datang ke mari dengan rela hati. Mengapa harus balik 'bandaraya pesisir pantai' (KT) saban minggu - Bapak sedara kan ada di Kemaman?

Friday, January 18, 2008

sambut tok2 guru malam ni

jom sambut tok-tok guru petang dan malam ni di Kemaman - TG Nik Aziz, TG Hj Hadi dan TG Hj Harun Din. Mudah-mudahan Islam menang di Terengganu (khususnya) tahun ni.

Thursday, January 17, 2008

mazura

macamana bisness kita harini erra, capai target ke dok?

Wednesday, January 16, 2008

kamar baru yang mahal

abah bukan tidak biasa tidur dalam kereta. Masa hantar fatimah dan kemudiannya husayn ke IJN dulu, berhari-hari abah tidur dalam kereta. Juga masa ambik che adik di UTM skudai ketika dia terima ijazah. Tidur dalam kereta semasa bermusafir tidaklah menghairankan. Tapi semalam, abah tak tak dapat masuk rumah sebab semua orang dah tidur. (Balik mesyuarat cawangan jam 12:30 am). Tak seorangpun yang terjaga walaupun abah dah cuba kejutkan. Jadi abah ambil keputusan untuk tidur dalam kereta proton saga sambil menganggap ianya sebagai sebuah kamar baru yang mahal..

Tuesday, January 15, 2008

waspada selalu anak-anakku

Belumpun selesai kes adik Nurin, kini seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang akibat diculik. Abah mula rasa bimbang keselamatan anak-anak. Berhati-hatilah anak-anakku. Dunia sekarang bagai dipenuhi penjenayah.

Dua hari lepas pula, seorang wanita diragut RM20 ribu apabila baru saja keluar dari sebuah bank di Kemaman. Nampaknya kita semua kena berwaspada..

Monday, January 14, 2008

WN binjai, tahun ke-3

Warga Niaga Binjai kini masuk tahun ke - 3, bertahan.


Nampak macam ada kemajuan sikit berbanding tahun-tahun sudah.


Mudah-mudahan akan terus dapat memberi khidmat dan sumbangannya kepada masyarakat setempat.

Sunday, January 13, 2008

pok peng

nok gi mana tu pok peng? (eret pokok taja..)

Friday, January 11, 2008

jiran yang lebih baik


Maha suci Allah yang telah menggantikan jiran kami yang bermasalah ke jiran kami yang pemurah. Syukur.

"makan ubi kayu.."

nyanyi ikut irama - happy bithday to you..

melopong

akibat kemarut tengok sinetron indonesia

kejiranan yang lebih erat



husayn-arif; fatimah-hakim; aliy-hakim

tahun yang lebih ceria






01 muharram 1429 hijrah

suatu petang .. ketika ibu sibuk berkursus Tupperware, Abah yang kena tengok anak2..






sangat hampir?

abah mendapat emel ni dari rahsiadinar.com. Apa yang sangat hampir nya? 1429 hijrah, ku mohon kebaikan dan hidayah.

Assalamualaikum wr wb, dan Salam hormat, sahusny,
1429. Sangat hampir.
1429 Hijrah.
Doa dan harapan kita, semakin kita menjauhi Zaman Nabi Muhammad s.a.w 1429 tahun yang lalu, semakin kita mendekati, memahami, menyelami dan mengamalkan mesej yang disampaikan oleh Baginda s.a.w.
Sehingga kita kembali kepada Allah s.w.t dan bertemu Rasulullah s.a.w...
Salam Maal - Hijrah 1429

Wednesday, January 02, 2008

solat dhuha setiap pagi - ashriee

"setelah berhenti dari kerja makan gaji, kita akan lebih mengenal erti tawakal. Solat dhuha setiap pagi akan membuatkan kita sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepada Tuhan yang memberi Rezeqi (ArRozzaq).." - Ashriee

sessi persekolahan 2008 bermula

Belanja yuran untuk 4 anak sekolah kira-kira RM400. Ini tidak termasuk pakaian, buku kerja dan alatulis. Janji kerajaan Pak Lah (BN) nak hapuskan yuran hanyalah omong kosong..
Hasan (tingkatan 1, sekolah alfalah); Maryam (darjah 6); Husayn (darjah 4); Fatimah (darjah 2, sessi petang)..
Ilmu dan pendidikan anak-anak, janganlah dinilai dengan wang!

Tuesday, January 01, 2008

hujan tak halang ceramah


Malam akhir tahun 2007, PAS Binjai anjur ceramah politik. Walaupun dah beberapa hari cuaca baik, ceramah malam tu diiringi hujan tanpa henti sejak awal pagi lagi. Tapi ceramah tetap dijalankan dengan sempurna. Penceramah ialah Azmi Lop, Ustaz .. (bekas ADUN Permaisuri) dan YB Kelaboran Ustaz Zaki Ibrahim yang diserang (sepak) dalam DUN Kelantan baru-baru ni.

Kehadiran kira-kira 50 orang. Derma tidak dikutip. Tahniah buat ketua Penerangan PAS cawangan Binjai yang baru (Mat Duan). Turut hebat ialah saudara Mat Zaman yang menandatangani surat keizinan ceramah (permit polis).