Thursday, March 27, 2008

anemia

menurut kak ira, dia disyaki mengidap anemia - kurang darah merah? Selepas kematian ayahnya lewat bulan lepas, dia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Tuan tanah/ rumah tempat kak ira berteduh minta dia sekeluarga mengosongkan tempat itu untuk dimanfaatkan bagi tujuan lain. Sudahlah disyaki mengidap penyakit kronik, dia dihalau pula secara terhormat.
Siapakah agaknya yang boleh membantu keluarga malang ini?

Wednesday, March 26, 2008

jalan ke tanah suci makin hampir


abangdin mungkin tersinggung dengan keraguan yang abah luahkan. "Tawaran ini bukannya dari internet!", tegas abangdin. Nampaknya abah kena minta maaf. Perhubungan yang jauh mungkin buat abah keliru. Jalan ke tanah suci nampaknya semakin dekat..

Tuesday, March 18, 2008

umrah percuma? (4)

apa yang terbuku di hati abah ialah adakah tawaran ini boleh dipercayai? Menurut abangdin dia dapat tawaran ini melalui kawannya di internet. Tidakkah banyak penipuan di internet? Tak kan dalam hal ibadahpun nak tipu? Abah diberitahu, sedangkan pakej umrah berbayarpun, telah berlaku penipuan, sehingga ada yang rugi beribu ringgit tapi hasrat ke tanah suci tak kesampaian..
Atau wajarkah abah merasa ragu?

umrah percuma? (3)

peluang umrah percuma ini sebenarnya adalah untuk ayahdi. Dia berhalangan dan mahu abah yang ganti.
Nampaknya abah tak boleh lepas peluang ni. Kerana kalau nak pergi dengan ongkos sendiri, abah sendiri belum pasti bila? Orang pertama yang abah kena hubungi menurut nombor telefon yang ayahdi bagi adalah abangdin.
Nampaknya abangdin ni seorang yang selalu berdampingan dengan IT. Dia suruh abah daftar skype.com bagi tujuan komunikasi. Abangdin abah kenal hanya masa kecik-kecik dulu. Tapi bila abah hubungi dia pakai handset, dia nampaknya seorang yang cepat mesra.

umrah percuma? (2)

di bilik solat tempat kerja abah terpampang gambar ka'bah. Setiap kali nak solat dan terpandang gambar itu, abah akan tertanya-tanya bilakah agaknya akan menjadi tamu Allah?
Bila ayahdi minta jawapan segera samada setuju sertai rombongan umrah percuma ini, abah bagai tergamam untuk terima atau tolak? Mengapa harus tolak? Tapi wajarkah bertamu ke baitullah dengan ongkos percuma?

umrah percuma?

abah selalu juga berangan, kalau kaya! Antara yang abah nak buat, kononnya adalah untuk mengajak semua sanak-saudara pergi mekah percuma. Semalam, abah terkejut juga bila ayahdi telefon. Dia tanya samada berminat nak pergi umrah percuma?
Nampaknya dah terbalik.

Friday, March 14, 2008

hasan sakat YB hakim

semasa hasan dan kawan-kawannya sibuk membantu (majlis walimah) keluarga ayubi membasuh pinggan, tiba-tiba muncul YB wan hakim (adun BN) yang baru menang PRU12, dun air putih;
YB: rajinnya budak-budak ni membasuh..
Hasan: biasa ah anak orang PAS kang.. !
YB: haa, anak orang mende?
Hasan: Eh, dok mende eh..

Monday, March 10, 2008

semangat

pru-12, pooling day, 08 mac 08 - sebelah petang, ketika kebanyakan perayu undi sudah keletihan dan mengambil peluang berehat, pengundipun dah berkurang, ibu masih terpacak di tepi jalan memberi pesan terakhir -
"..pakoh bulan deh.."

qosimpun turut menyibuk. Budok kecik mana boleh kempen..

semangat ibu untuk memenangkan islam sungguh mengkagumkan..

Thursday, March 06, 2008

sms doa nik aziz

abah menerima beberapa SMS yang sama sejak semalam. Kandungan sms adalah doa TG Nik Abdul Aziz supaya memberi kemenangan kepada Barisan Alternatif dalam PRU ke 12 sabtu depan. Apa yang mengejutkan abah ialah SMS ini turut difoward dari Auntie Chah. Perubahan kali ni memang agak luar biasa.

che na

che' na rupanya tak mengerti apa-apa tentang hal politik. Pada dia pilihanraya tidak lebih dari perayaan biasa dimana orang-orang menghias kawasan rumah masing-masing dengan simbol parti pilihan mereka, sebagaimana hari raya orang menghias rumah dengan api lip-lap. Oleh kerana keluarganya ramai BN, maka dia pilih simbol dacing untuk gantung dimana-mana termasuk di pagar jirannya. Pada dia, jirannya pasti gembira.
Setelah menyedari yang pakcik zul tidak senang dengan perbuatannya itu, dia begitu cemas dan segera bertindak meminta maaf dan membuang kesemua simbol dacing dan keris telanjang yang ditampalnya termasuk di daun-daun pokok.
Kesian che' na.
BN memang suka kalau rakyat terus dibelenggu kejahilan.

Monday, March 03, 2008

pakcik jo

adakah pakcik Jo menjadi kaya-raya atau senang hidupnya setelah begitu kuat menjadi tukang pikul bendera dacing dan keris telanjang? Tidak jugak.. Jadi perjuangan apakah yang dia pertahankan sehingga tidak menghiraukan perasaan jiran-jirannya?
Umno/ BN hanyalah mempertahankan kekayaan kroni-kroni yang telah sedia kaya, sambil membiarkan pengikut mereka terus miskin dan dengan demikian akan terus bergantung harap kepada pemimpin-pemimpin mereka yang korup.. Mudah-mudahan Allah beri pertunjuk pada mereka.

Sunday, March 02, 2008

melampau sungguh


takkan senyum je abang syed?
nak buat macamana, kitakan hidup berjiran
kalau jiran tak hormat kita, patutkah kita hormat mereka?
atau bertindak sama bodoh macam mereka?
sabar jelah.

hafiz

kak ira sangat bengang dengan budak ni..
Namun abah mengkagumi kesabaran orang tuanya.

kejutan tak menjadi

moga ibu bahagia dunia akhirat

kami sayang ibu

moga usiamu diberkati, amin.