Tuesday, August 29, 2006

renovate surau abang lie (1)


Semalam jawatankuasa pembangunan surau Hj Ramli (KM8 Binjai) memutuskan akan renovate surau itu bermula dengan gotong-royong pada hari kamis 31-ogos dan jumaat 01-september. Sumbangan orang ramai dalam bentuk bahan binaan sudah mula datang sejak minggu lepas lagi. Walaupun dah dekat dengan ramadhan, kerja-kerja pembinaan kena dimulakan segera supaya sumbangan orang ramai itu tidak kelihatan terbiar begitu saja. Sesiapa yang mahu menyumbang samada dalam bentuk kewangan atau bahan binaan atau tenaga kerja bolehlah menghubungi Abdul Kadir 0199623588. Mudah-mudahan kerja amal kita semua diterima oleh Allah SWT.

kapas (6) - mengapa 'kapas'?

Mungkin tak ramai yang bertanya, mengapa dinamakan 'pulau kapas'? Aboh sendiri tercari-cari mana ada pokok kapas, sebatangpun tak nampak di pulau yang indah ini. Menurut Che Ma (kawan ibu) yang berasal dari Marang, pada masa dulu orang-orang yang pergi ke pulau kapas, tak akan balik semula melainkan dalam keadaan dikafan (dengan kapas)..

Sunday, August 27, 2006

kapas (5) - awang saripan

Semasa naik bot, abah rasa sudah syak bahawa budak ala mat rock penjaga bot tu adalah kawan lama abah masa dekat U. Masa balik dari pulau, sekali lagi budak tu ada di jati, sambut bot yang balik dari pulau. Abah cuba menegor. Tidak syak lagi itulah dia (awang) saripan. Masa belajar 20 tahun dulu rasanya, nama dia tak ada 'awang'? Rupa-rupanya dia adalah tuan punya bot-bot di situ. Dengar cerita dia dipanggil 'jutawan fakir'. Masa belajar dulu kami bergilir ponteng kelas. Hasilnya keputusan exam hanya cukup makan saja. Tapi sekarang dia sudah memiliki syarikat bot dan di panggil jutawan!
Anehnya, bila ditanya mana anak? Dia kata, anaknya sedang belajar di west australia. Saba baru saja pulang dari situ..

Tadi, abah telefon awang saripan, minta tolong dia simpan beg pakaian busuk yang hasan tertinggal di surau jeti. Terima kasih awang saripan! Mudah-mudahan terus berjaya dalam hidup.

kapas (4) - kenangan manis..


pak halim - hadiah istana pasir terbaik
pak ngah - pasangan romantis
wan nyanyi lagu 'rindu bayangan' (?)

ada 2 gaya soalan - mengapa bayangan yang dirindu? atau bayangan siapakah yang dirindu?


sehak dapat grand prize, voucher rm300
hasan tertinggal beg pakaian kotor
Lan, hampir lemas..
jadi MC bidan terjun..

kapas (3) - baby dugong yang comel


Peluang melihat Dugong, aboh rasa sangat bermakna. Dugong adalah spesis kawalan yang kian pupus. Ia telah ditemui di laut pulau kapas kira-kira 2 minggu lepas dan dipelihara kerana didapati mengalami kecederaan akibat terkena kipas bot nelayan.

kapas (2) - husayn diserang obor-obor

Malangnya, ogos adalah musim obor-obor (jellyfish). Jika dari atas bot, kita dapat melihat ratusan obor-obor di lautan pulau kapas. Tapi itu tidak dapat menghalang anak-anak dari bermain air.
Semasa bergurau dengan hasan di pantai, pok cheng terjatuh atas obor-obor. Kedua-dua belah tangan dan kakinya terkena bisa. Pengawal pantai merawat dengan semburan air cuka. Husayn meraung kesakitan. Minyak gamat yang aboh bawa nampaknya mujarab. Husayn tertidur kesakitan..
Ma hantar mesej - 'letak kulit pisang putar'.

pulau kapas nan indah (1)

Sehari selapas saba balik dari perth, bawa anak-anak ke Pulau Kapas bersama rakan sekerja (family day). Keindahan alam buat kita memuji akan kejadian Tuhan yang Maha Indah (Jamil).

terumbu karang nampak jelas dari luar air.

berakit besar - kekuatan tiupan angin dari laut cina selatan buat pokok-pokok atas bukit bagaikan disikat.

Friday, August 25, 2006

saba selamat pulang

5 hari duduk di australia, rupa dah macam orang putih..

Ini adalah lawatan ibu yang ke 3 ke luar negara dengan tiket tupperware. Sebelum ni ke Italy (eropah) dan China (timur). Kalau selepas ini boleh pergi ke Asia Barat, india dan Amerika, ibu boleh dikira sebagai telah mengelilingi seluruh dunia. Quran ada sebut - Fantasyiruu fil ardh!; Ina ardii waasi'aton, fa tuhaajiruu fi ha. Mudah-mudahan ada manfaat.

Thursday, August 24, 2006

titip rindu 3 - selamat hari jadi yam


Tanpa saba, tentulah sambutan sangat sederhana yang selalu kita buat untuk hari lahir anak-anak menjadi seperti tidak bermakna. Abang bawa mereka ke padang sebelah petang, kebetulan ada funfair. Maryam patutnya pergi kursus motivasi hari ni, tapi ditunda esok. Kumpulan Rabbani yang dijangka hadirpun, tak jadi hadir. Harap-harap lepas hadir kursus, dia jadi lebih 'dewasa' sikit. Happy Birthday Maryam.

Monday, August 21, 2006

titip rindu 2 - lihat siapa yang datang

Semalam azhar beberapa kali mesej, kononnya terliur kek saba. Dia kata nak datang. Abang tak begitu percaya sebab selalu dia acah saja. Dia benar-benar sampai tengah malam semalam. Datang untuk ambil IC dia di pejabat pendaftaran kemaman. Dia buat IC masa datang kemaman dulu. Bila abang check foto lama dia - julai 2004! Masa tu kita belum renovate rumah depan (lihat foto). Rasa macam baru lagi. Soalan pertama bila dia datang ialah - mana TV? Esok nak tengok siti kawin.. Kesian. Kadir janji nak jual TV 2nd hand, semalam. Sampai hari ni belum dapat lagi. Biasalah janji melayu!
Belumpun sejam Pak Cik Azhar duduk, mek timah dah tanya - bila pak cik azhar nak balik? Yang lebih lazer lagi - "Pak Cik Azhar, Hasan kataPak Cik Azhar busuk!" Nasib baik hamba Allah tu pandai jawab - "Memanglah PC Azhar busuk, PC Azhar kan belum mandi dari tengahari tadi..".

Sunday, August 20, 2006

titip rindu buat saba 1

Insiden pertama buat menangguhkan rasa rindu kami - gel pencuci tangan di washroom airport kuantan, sekali lagi jadi syampoo anak-anak. Amarah abang yang baru 'kehilangan' meruap-ruap buat suasana masa perjalanan balik dari airport jadi sunyi sepi. Lalu suara lagu kerinduan dari radio kereta jadi pelayan perasaan nan sayu..
Di kedai, Ros beritahu dia nak cuti esok sebab nak balik KT, saudara sakit.
Pergi cari TV 2nd hand di kedai Kadir. Takut budak-budak puas sangat sepanjang cuti sekolah. Dia kata, esok ada.
Malam - Aliy ok saja. Dua gelas kopi tongkat ali buat abang tak boleh tidur sampai pagi. Sen kedai tak cukup RM25. Tapi ada satu resit RM24, tak tahu resit apa? Mek Ta tak mari ambik sen kedai? Abang ambil keputusan cuti pagi, pergi buka kedai sekerat hari (sampai 12 tengahari). Dapat seratus lebih. Mek Nor masak gulai ayam, sayor bayam dan ikan goreng. Sungguh istimewa. Anak-anak dan abang, makan banyak. Tak ingat dah nak budget untuk makan malam. Saba sekarang dah tentu dah sampai Perth. Perth tu kat mana ye? Nanti Aboh cari peta.

lambaian ibu ke perth

Sabariah ke Perth Australia. Tahniah buat ibu. Mudah-mudahan selamat pergi dan selamat kembali.

1, 2, 3, nak ikuuuuut!!!

yam grading (for 2nd yellow belt)


sir rosli yang smart dan baik hati

Thursday, August 17, 2006

ausi - sen australia

dolar australia 350
bekalan buat ibu ke australia sabtu ni..
(350 x 2.836 = RM992.60)
hai, cukup ke?
bukannya nak gi shopping..

tukar di MBB kemaman. Thanks to En. Hairudin dan Nik. Bukan senang nak dapat sen ausi di kemaman..

nota: nampaknya semua sen plastik. Di negara kita, hanya RM5 saja yang dicetak plastik.

Wednesday, August 16, 2006

kak umi kenduri naik rumah

Tahniah buat kak umi dan sy lot kerana pilih untuk terus stay di taman semarak. Kegembiraan ini seolah dikongsi oleh seluruh penghuni taman..
nota: sorry, tak sempat jamah nasi minyak naik rumah. Sibuk jaga anak kecik. Nak makan last minit dah malu nak cakap..

Tuesday, August 15, 2006

buah nyor buah kelapa

buah nyior buah kelapa
orang nyanyok selalu lupa..

veri bizi bisness women appoinment with her new client
at new cosmopolitan city (kemaman)
pakai baju terbalik..
'alamat nak kaya'
amin !