Sunday, December 30, 2007

komitmen

komitmen/ istiqamah
seorang muslimah
tidak hanya di dapur
malah di medan

kem 2


Maryam, fatimah. 2 malam di 'moonlight centre' binjai. Mencatat detik-detik manis sepanjang program. Tahniah nisa' air putih.

kem 1

Hasan, husayn 10 hari di Pondok Pinang Merah, Paka - kursus pra tahfiz. Sebuah program latihan yang benar-benar menguji daya tahan anak-anak..
"serik doh.." - hasan.

ashriee jadi toke lgg plus

tiba2 mohd ashriee razak, sahabat abah masa belajar utm dulu telefon dan ziarah jumaat lepas. Hampir 20 tahun kami tak jumpa. Dia kini dah sepenuh masa buat direct selling susu lgg plus (smart naco). Sungguh berani, dari seorang engineer marin, dia terjun ke bidang bisness yang penuh dugaan. http://www.ashriee.bravejournal.com/; emel: ky7100@yahoo.com; 019-4725067; Menurut testimoni yang ditunjukkan dalam CD yang ashriee beri, kebanyakan pesakit akan menunjukkan kesan positif hanya setelah minum pada hari ke 5. Bolehlah cuba beri wan nah minum..

bukan untuk bermewah





789854061621; start bayar 7 dec 07; RM305.00 monthly; rate 3.99%; 108 bulan; RM26999.00; pok zo proton kemaman.

Thursday, December 27, 2007

seronoknya mandi kolam



masa zaman abah budok-budok dulu, kami cukup seronok mandi di sungai dan tali air. Selalunya di luar penegetahuan orang tua. Sememangnya sangat bahaya. Pernah hampir-hampir lemas beberapa kali. Kini sungai sudah tidak boleh digunakan untuk mandi. Bukan soal bahaya, tapi tersangat kotor.

letaklah dengan berhalus

Mesyuarat PCB semalam menerima perletakan jawatan aboh sebagai ketua penerangan (tapi dilantik semula sebagai timbalan ketua penerangan). Secara kebetulan Timbalan Pengerusi Tetap (Efendi) turut sama letak jawatan. Perbezaannya ialah dia meletak bersama tuduhan bahawa PCB sedang "berada di bawah tempurung". Sebuah perletakan jawatan yang sangat kasar.
Ketua Penerangan yang baru ialah Sdr Ridzuan dan Timbalan Pengerusi Tetap - Cg Naziran.

Wednesday, December 26, 2007

mailina dalam kenangan




setelah kakma buka cawangan di kemaman, ibu mungkin akan jarang lagi ke kuantan - mailina sales, TW kuantan. Good luck for Cikgu razali. Mudah2an kita sama2 berjaya.

hasan 2A


upsr 2007
sambil bermain saja
hasan dapat juga 2A3B
tahniah
hari ni daftar di sekolah agama al falah kemaman
moga berjaya dunia akhirat.




alfatihah ila pok zin

Rasa amat terharu dengan pemergian pok cik zin. Semangatnya, keikhlasannya, pengalamannya, keberaniannya. Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Amin.

Monday, December 03, 2007

mat zaman buat u turn

setelah meletak jawatan sebagai SU surau, mat zaman semalam melalui program perjumpaan pemuda/ cawangan, memyerahkan rumah sewanya untuk dijadikan markaz sementara PAS cawangan binjai. Semangatnya berkobar-kobar. Harap berkekalan sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum.

Wednesday, September 26, 2007

bukan kerana sen ehsan?

tiba-tiba mat zaman letak jawatan setiausaha surau hj ramli. Katanya, dia rasa tertekan? Belum buat apa2 dah rasa tertekan? Dia juga mendakwa ada banyak bubuk dalam pas binjai (macam ayat abang li je). Dalam satu SMSnya selepas tu dia bersumpah, "demi Allah hatiku berubah bukan kerana duit ehsan". ?? Pulak dah.
Mesyuarat semalam melantik Syed Lot sebagai ganti. Moga apa yang berlaku terkandung hikmah tersendiri.

Wednesday, September 19, 2007

tahniah mat duan & mat zaman

nampaknya surau haji ramli dah 95% siap. Tak sangka surau kayu itu kini adalah surau berwajah baru yang indah. Syukur pada Allah. Mengambil kesempatan ramadhan ini, semalam diadakan mesyuarat perlantikan jawatankuasa surau kali pertama. Mereka yang dilantik adalah: Mat Duan (pengerusi), Helmi SS (Timbalan), Mat Zaman (setiausaha) & haji Razali (bendahari). Abang Li sebagai Penasihat dan imam satu. Abang Mbong (imam 2). Tahniah untuk semua.

selamat berpuasa

AHLAN WA SAHLAN YAA RAMADHAN

Tuesday, September 04, 2007

husayn disyaki pembawa telesemia?



bila sesak nafas awal tahun lepas, husayn ditahan di Hospital Kemaman. Selepas dibenarkan keluar dari hospital, darahnya diambil untuk kajian samada dia adalah pembawa telesemia. Setelah berbulan-bulan, keputusan yang dijangka diketahui tak dapat dikeluarkan. Tiba-tiba hospital kata tiada rekod pengambilan darah Husayn. Hospital mendesak supaya darahnya diambil sekali lagi?

Monday, September 03, 2007

letak jawatan ketua penerangan

ini adalah mesej pok cik zali sebagai respon perletakan jawatan abah sebagai ketua penerangan pas cawangan:

"semua ahli pas adalah pegawai penerangan pas"

barangkali dia ingat abah hanya main-main.. Ketua dan timbalanpun ada mintak tarik balik. Tapi abah rasa keputusan itu sudah bagaikan melepas anak panah dari busurnya! Bila diberi amanah kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kegagalan. Na'uzubillah.

UPSR - selamat berjuang

UPSR bermula hari ni. Syed Hasan nampak melangkah yakin untuk target 2A. Mudah2an tercapai. Yang lain2 pun (maryam, husayn & fatimah) periksa juga. Abah harap, semua sukses.

Thursday, August 23, 2007

maryam, 11 tahun


prestasi pelajaran yang merudum dan perkembangan rasa tanggungjawab yang tidak seimbang dengan peningkatan umur, membuat hati abah bercelaru.. Masa untuk berubah - kurangkan menonton rancangan tv yang x berfaedah. Tengok Hasan, dia nampaknya makin ok..

Tuesday, May 22, 2007

lamunan calon UPSR

calon UPSR ini apakah sudah bersedia untuk menghadapinya? Tumpuan syed hasan untuk belajar nampak sangat longgar. Harap dia cepat sedar dari lamunannya.

Monday, May 21, 2007

beli tanah, bayar ansur?

Semalam KAK zailani telefon - mat mustaffa nak bayar separuh dulu tanah Tok Muchong. Abah relakan saja walaupun mungkin abah akan menerima bayaran yang lebih lambat atau entah bila? Mat mustaffa sering saja menanguh-nangguh pembayaran tanah tu. Untuk bahagian Che' Ma, mat mustaffa dah bayar kira-kira dua bulan lepas. Sekarang giliran Kak dan Che' Ya..
Tapi baru tadi, Kak telefon sekali lagi - mat mustaffa nak bayar penuh!

dapur yang berasap

Pagi sabtu lepas abah terhidu bau kebakaran dari arah dapur. Setelah diperiksa didapati asap datang dari rumah Kak Mah belakang. Bila salam bertalu-talu tak dijawab, abah ambil keputusan untuk masuk saja ke rumah kak mah dan menutup api dapurnya. Sebutir periuk hangus. Barli yang dimasak sudah bertukar menjadi asap.
Pada masa dulu orang takut kalau dapur tak berasap, tapi sekarang bila dapur mengeluarkan asap, itu tanda bahaya!

Thursday, May 17, 2007

trainee tidak dialu-alukan lagi?

selalunya khidmat trainee dialu-alukan di workshop abah. Mereka dibayar murah dan akan diarah melaksanakan apa juga kerja yang selalu dibuat oleh technician biasa. Tapi kali ini agak berbeza bila mereka dianggap oleh pengurusan sebagai tidak diperlukan lagi, lalu diarah berhenti segera. Kehadiran mereka menjadikan technician lain tidak bekerja, demikian dakwa pengurusan. Abah tak dapat nak bela sesiapa dalam hal ni.

Hanya, terima kasih buat azarul dan nazir atas khidmat sementara mereka di petra.

Wednesday, May 16, 2007

excident

barangkali minggu ni minggu excident. Beberapa hari lepas hisham excident di Bukit Kuang. Sebuah van menghimpit hisham yang sedang menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja. Luka di muka dan tangan. Petang semalam Ishak diberitakan patah tangan terkena mesin di workshop jakar.

terima kasih terapi bio-9000

Selasa lepas, abah ambik cuti untuk balik KT - setelah abah dapat tahu, kedai mesin terapi baru dibuka cawangannya di Pasir Panjang. Tujuan abah adalah untuk perkenalkan kepada umi dan keluarga di KT, tentang mesin terapi tersebut.
Dibantu oleh Syakir dan Yunus, abah bawa umi ke pusat terapi tersebut. Ternyata umi gembira sekali. Kak zailani dan ibu turut bersama.
Sungguh menakjubkan selepas hari pertama menjalani terapi tersebut, kak hantar SMS - sembab tangan dan kaki umi sudah hilang!. Hari kedua umi mula buang air seperti biasa. Kesedaran yang perlu ada pada ahli keluarga di KT ialah untuk mempastikan umi dapat hadir terapi setiap hari.
Syukur pada Allah. Mudah-mudahan umi cepat sembuh.

Thursday, May 03, 2007

selamat hari buruh

Walaupun cuti hari buruh, abah dan rakan-rakan disuruh bekerja. Ada job urgent. Plan abah nak balik tengok umi terpaksa ditangguh lagi. Di padang taman semarak, KRT diperkuda oleh JKKK untuk program sukaneka, kononnya untuk perpaduan. Di surau sahabat2 dengan kerjasama pekerja2 tioxide, bergotong-royong menyiapkan surau..
Di workshop kami diberi makan tengahari, petang dan malam. Kerja dari 8 pagi hingga 8 pagi esoknya.

Ini adalah mel abah kepada boss wan, sempena hari buruh:
kurung..
beri makan cukup-cukup
potong
;-})

wan reply:
kalu hok mcm ayam ni kurung bg makan pun rase dok gune pasal tgk mcm bahang drug je...he..he

nampaknya dia tak faham, apa maksud abah.

Tuesday, April 24, 2007

sepetang di pantai telok mak nik

buat kali ke 2, hasan tak ikut. Sebaik saja kami nak bertolak, dia menghilangkan diri.
Lihat apa yang kami jumpa di tepi pantai?

Thursday, April 19, 2007

bisness kereta terpakai

pokcik Jeng & abang Man ajak bisness kereta terpakai. Walaubagaimanapun menurut abang Man, bisness ni agak sejuk sekarang. Tapi nampaknya Pok Jeng tak setuju.. Benda yang sejuk boeh dipanaskan..

Sunday, April 15, 2007

sepetang di taman chukai

kalau tak silap, ini kali pertama Aliy main gelunsur

hasan tak joint, sebab menyiapkan kerja sekolah di rumah..


Monday, April 09, 2007

ingat MATI selalu!

"orang yang bijak, akan selalu mengingati mati..".
Menutup diri dalam selimut, anggap aku sudah mati. Lantas fikirlah samada bekalan ku sudah cukup atau masih banyak dosa yang belum ditebus? Sesekali harus juga kita praktikkan begini bagi muhasabah diri..

Monday, April 02, 2007

ceramah maulidurrasul

mungkin sebagai tugas pertama ketua penerangan - kena jadi pengerusi majlis sambutan maulidurrasul di surau Haji Ramli. Penceramah adalah Ustaz Yusof Embong (TYDP pas pahang). Majlis diserikan juga dengan bacaan solawat, majlis cukur kepala bayi dan jamuan nasi minyak. Ustaz turut melancarkan sekali lagi derma pembangunan surau yang masih lagi memerlukan sumbangan bagi kerja-kerja penyudahan.

dilantik ketua penerangan

mesyuarat pertama PAS cawangan binjai berlangsung pada tarikh abah balik KT. Nampaknya tak dapat hadirlah. Bagus juga, mungkin boleh elak perlantikan tugas/ amanah yang berat.. ;-). Semalam zali maklumkan abah dilantik ketua penerangan menggantikan Nik. Sementara jawatan ketua Lajnah Tarbiyyah terus juga diamanahkan kepada abah, walaupun sepatutnya jawatan itu biasanya diberi kepada Naib ketua (ustaz harun). Abah telah memegang jawatan Naib Ketua pada sessi lepas. Untuk sessi ni, harap ustaz harun dapat buat yang lebih baik, khususnya memantapkan cawangan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12.

madu maher buat ummi

Cuti maulidurrasul, balik tengok ummi. Tiga hari ummi di Hospital Nur Zahirah, KT. Perkembangan terbaru ialah umi dah boleh berkesot dan belajar bersenam. Usrah minggu lepas, ustaz harun kata, madu MAHER baik buat pesakit strok. Esoknya terus masuk ahli dan beli 2 botol di pondok mustaqim. Harap ummi cepat semboh. Menurut doktor, usaha pemulihan perlu dibuat dalam masa 2 tahun. Jika tidak, harapan untuk pulih akan semakin tipis.
Selain tengok ummi, abah juga dapat tengok UNSER baru abangmi/ mayati. Sungguh hijau..

Wednesday, March 28, 2007

basikal buat si rajin


NIRA bukan saja rajin, tapi menunjukkan minat yang tinggi terhadap kerjanya di kedai kita. Dia pula bukan dari keluarga yang berada sangat. Sebab tu bila ibu cadang nak hadiah basikal buat nira, abah rasa memang patut.
Dulu masa Mek Zan berenti, abah rasa pasti susah nak cari yang sebanding dengan mek zan. Nampaknya persaan abah tu sangatlah tak betul..

Tuesday, March 27, 2007

sambutan maulid di surau olong meriah

walaupun tarikh sambutan maulidurrasul surau olong clash dengan kuliyyah tafsir ustaz zul di surau abang lie, sambutan orang kampung nampaknya meriah. Ustaz Harun tidak lepas peluang menerangkan perbezaan PAS-UMNO dalam kuliyahnya, bila mendapati ramai orang UMNO turut sama di majlis itu. Walaupun majlis maulidurrasul, soal politik perlu disebut kerana hakikat perjuangan rasulullah SAW sendiri tidak terpisah dari soal politik.
Ustaz Syed Abu Bakar turut ambil bahagian selepas isyak dengan menyeru penduduk kampung mendekati surau dan menuntut ilmu untuk bekalan akhirat. Jamuan nasi gulai kambing sangat mengujakan.

Sunday, March 25, 2007

ummi sedikit pulih


sudah sebulan umi terlantar di rumah. Semalam dia merungut nak ke hospital. Mungkin dah puas duduk di rumah. Berbanding abah balik mula dulu, umi sekarang sudah boleh duduk tanpa dipangku, bercakap dengan baik, solat sambil baring. Tapi kadang-kadang masih tak stabil.


Khabarnya ada bomoh datang memasukkan ubat 8-9 botol ke kaki dan tangan umi. Yang peliknya dia mendakwa husny yang suruh mari?

surat terbuka abang Lie

sebaik sahaja habis ucapan perasmian oleh tuan hj syed hashim, pengerusi tetap telah membenarkan pembacaan sebuah surat terbuka dari hj ramli di mesyuarat agung pas cawangan. Hal ini pada abah sangat aneh? Mengapa sebagai seorang ahli dia tidak hadir sendiri untuk menyampaikan apa saja tegoran yang dirasakan perlu? Mungkin pada masa depan, akan ada mana-mana ahli yang tidak hadir boleh saja menulis surat terbuka untuk dibacakan dalam mesyuarat agung? Peraturan barukah ini?

mesyuarat agung tahunan pas cawangan binjai

antara keputusan penting dalam mesyuarat ni ialah abah tidak lagi memegang jawatan naib ketua. Jawatan tu telah diberikan kepada ustaz harun ibrahim dengan undi mejoriti. Walaubagaimanapun ustaz harun tidak hadir? Menurutnya dalam SMS kepada abah, sebagai naqib usrah cawangan, dia tak dapat hadir. Jawatan ketua kekal pada Pak su Nor, walaupun beliau berusaha menolak kerana sudah tua (?).



pak su nor (ketua - kekal jawatan), Ayahku Syed Hashim (perasmi), Nik Ismail (pengerusi tetap - kekal jawatan) dan razali (bekas SU).



abdul kadir sedang memberi ucapan penangguhan. Antara yang dia tegor adalah sikap SU yang tak ambil berat tentang kesilapan dalam dokumen-dokumen kesetiausahaan. Contohnya dalam surat panggilan mesyuarat agung, tempat mesyuarat ditulis sebagai - surau batu hj ramli..


antara muslimat yang hadir. Mudah2an jawatan kuasa baru yang dilantik akan lebih bertenaga.


perhatikan bahawa mesyuarat berlangsung di surau yang masih dalam pembinaan. Semalam abah difahamkan ada penderma yang telah membekalkan bahan-bahan untuk menyiapkan bahagian atap. Harap ramai lagi yang tampil menderma.

Wednesday, March 21, 2007

rawatan medan elektrik

abah mungkin antara yang lambat tahu tentang adanya khidmat rawatan medan elektrik di kemaman. Pak alim dah tahu lama, malah bercakap-cakap hal itu sejak lama dulu. Tapi abah buat tak peduli. Tak berminat. Sekarang baru nak ambil tahu. Semalam, kali pertama pergi ke rawatan itu, kerani tu cakap abah ketinggalan zaman! Sepelusuk kemaman dah datang, abah baru nak menjengok. Beberapa kali kena renjatan di awal masa rawatan.. Mesin ini khabarnya sesuai untuk pelbagai jenis penyakit saluran darah: darah tinggi, strok, kencing manis, migren, parkinson, gaut, jantung dsb. Yang penting, tak payah bayar.

Tuesday, March 20, 2007

tidak mudah untuk kata "tidak"

bila melibat perasaan, adik-beradik, sedikit rayuan.. 'tidak' semalam boleh bertukar menjadi 'ya'. Sedikit 'janji' sahaja diperlukan.. Hati abah sudah cair. "Enam bulan", harap tidaklah terlalu lama..

Monday, March 19, 2007

Nilai sebuah SMS

Dari segi harga, sebuah SMS mungkin tidak bernilai langsung atau paling mahalpun 10 sen. Tapi hari ni abah rasa telah menghantar sebaris SMS yang amat bermakna! Nilaiannya adalah sebuah Toyota UNSER.
Abah belum pasti apa akibat dari SMS ini selain sekarang abah rasa sedikit lega dari memikirkan akibat dari menghulur kepala ke ‘pasong’ bank loan. Mungkin ianya akan mengecewakan seseorang, tapi bagaikan dah tak boleh nak ditelan mahupun diluah.. Keputusan harus dibuat setelah istikharah.
Mohon maaf, abah memang salah kerana memberi harapan tapi menarik balik setelah harapan itu tidak tertanggung lagi. Abah harus belajar untuk berkata tidak..

Friday, March 16, 2007

husayn disyaki pembawa telesemia?

abah di KL semasa husayn hadir appointment (14/3) dengan doktor pakar berikutan dari dia masuk wad, 2 bulan lepas. Menurut dr., husayn bebas dari kes jantung, sebaliknya disyaki pembawa telesemia.. Jadi darah dia masih diperlukan untuk ujian selanjutnya. Mohon perlindungan Allah dari segala keburukan..
Menurut iklan di TV, pembawa telesemia hanya sesuai kawin dengan yang bebas telesemia sahaja.. ?
huseen, huseen (ingat iklan filem mohsin).

tingkat 23 hotel armada, pj



mulanya agak keberatan juga nak ke KL, tapi dah tak ada alasan, terpaksa juga akur arahan bos supaya berkursus 2 hari di pusat dagangan phileo, damansara - ibu pejabat frontken. Abah ke sana bersama asadi, menginap di tingkat paling atas (23th.) hotel armada, PJ. Kursus disampaikan oleh dr yong from frontken singapore. Kursus adalah berkait dengan QHSE. Sungguh mengantuk tapi meluaskan pandangan juga.

Thursday, March 08, 2007

lafaz niat adalah bid'ah?

abah tak pasti, kitab apa yang abang Li hurai. Yang pasti kitab fekah, bab solat. Perbincangan tentang lafaz niat. Menurut abang li, kebanyakan ulama syafi'iyyah menganggap lafaz niat sebagai bid'ah. Hanya segolongan yang kata sunat, bagi memudahkan niat.
Persoalannya ialah kelaziman orang melayu melafaz niat dalam bahasa arab (usolli..), tetapi berniat ikut bahasa melayu (sahaja aku sembahyang..)? Jadi adakah tujuan lafaz niat itu dicapai?

kuliyyah abang li di Surau Olong

banyak mata yang tercorong bila lihat abah hadir kuliyyah abang Li di surau olong. Setelah sambutan dingin di suraunya, abang li mendapat sambutan hangat di surau olong. Dah lama abah dengar, tapi baru semalam dapat hadir. Demikianlah seorang pendakwah, di manapun kita berada, kita tetap kena sampaikan ilmu di dada. Sukar nak cari pengganti pendakwah berhati kental macam abang Li.
Kebanyakan yang hadir golongan tua. Sesuatu patut dilakukan bagi menarik yang muda-muda.

langgar lampu merah

seorang peguam muda bercerita - suatu malam dia melanggar lampu trafik merah. Buat apa nak berenti, kalau dah pasti selamat melintas? Rupa-rupanya ada polis. 'Kerja awak saman, saman lah!'. Bila bicara, dia tidak mengaku bersalah. Polis perlu buktikan yang saya melanggar lampu merah. Kalau tidak, tuduhan itu tidak berasas.
Buang kes.

zubir - akhirnya bertemu jodoh jua

setelah sekian lama menduda, akhirnya akhi zubir mengirim kad jemputan wanginya jua. Jodoh pertamanya dulu tak panjang. Yang panjang adalah tempoh mendudanya. 'Siapalah nak kat aku',keloh zubir.
Bulan lepas zubir ada call. Katanya nak ajak abah ke Kedah. Abah agak ajak-ajak ayam je. Rupanya dia nak kawin..

Wednesday, March 07, 2007

musim strok

sehari selepas umi kena strok, bapa mentua pak halim meninggal -juga disyakki strok. Seminggu lepas tu, ayah duan dimasuk ke hospital kerana penyakit yang sama. Seorang pelanggan rutin di kedai, juga merungut - sekarang susah sikit nak mari kedai sebab orang tuanya kena strok. Petang semalam, abangmie (halmi) ajak lawat ayah duan di hospital kemaman. Keadaannya lebih kurang umi - sebelah kiri tak boleh gerak.

Monday, March 05, 2007

omelan umi

umi kena strok sabtu lepas, 24/feb. Masa abah balik KT - 25/feb, percakapan umi tak boleh difahami. Semalam 4 mac, omelan umi sudah boleh difahami, walaupun tak 100% baik. Selain itu, tangan dan kaki umi belum boleh digerakkan. Oleh itu, dia masih belum boleh bangun sendiri.
Laa haula wala quwwata illa bilLah.
Walaupun anggota tak boleh bergerak, fikiran umi tetap bergerak laju. Umi mengingat balik peristiwa lama yang mencuit hatinya. Husny masa kecil, memaksa umi ajar mengaji walaupun umi dalam 'uzur'. Umi pesan supaya ajar anak-anak mengaji sampai fasih; Jangan kelahi dengan bini; Hati-hati kalau nak berhutang atau memberi hutang!
Banyak yang umi fikir walaupun dalam keadaan uzur. Fikiran umi bersimpang-siur buat dia sukar nak tidur, walaupun mengantuk.

ulangtahun ibu - tiada sambutan tapi ada kejutan

abah bukan suka sangat beli kek kedai cina untuk sambut hari lahir anak-anak, mahupun ibu. Mungkin dengan beli kek, boleh sedikit menceriakan suasana. Tapi kek tu bukannya berkhasiat. Mahal pulak tu.
Kali ni 1hb mac, abah benar-benar tak beli kek untuk ulangtahun kelahiran ibu. Nampaknya ibu tak marah. Nak tahu kenapa? Ibu dapat suatu yang lebih berharga. Hand set baru, samsung X530, rm480 di central point, kemaman. hand set lama (konka) masuk air.
Mudah-mudahan dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki.

Wednesday, February 28, 2007

kutuk syiah sikit2 sudahlah

semalam ustaz harun memulakan semula siri kuliah hadisnya di surau Abang Lie. Abah terlambat sikit. Masa abah sampai, ustaz harun tengah lebat mengutuk syiah. Agak keterlaluan, sejak akhir2 ini, ustaz harun sering saja berbuat begitu dalam setiap majlisnya, samada kuliah mahupun usrah. Semacam ada dendam.
Kutuk sikit-sikit sudahlah. Orang syiah bukannya ada di pedalaman kemaman ni. Pengalaman pahitnya di timur tengah usahlah di lepaskan di sini. Cukuplah orang arab sampai berperang kerana berselisih mazhab. Kita lebih-lebih buat apa? Mari kita cari persamaan untuk di ketengahkan, bukan perbezaan.
Cuak dengan ucapan-ucapan sebegitu, abah yang dah parking motor di depan surau, start balik motor pergi ke surau Olong.

Tuesday, February 27, 2007

wan denan buat kejutan

beberapa rakan sekerja abah yang pernah mencipta gossipkawin kali ke2, akhirnya kecundang. Pasti akan banyak rintangan yang harus dilepasi bagi melayakkan mereka berbuat begitu. Wan denan rupanya orang pertama dapat melepasi ujian2 ini. Dia berkahwin dengan isteri keduanya di Masjid Berenjut disaksikan oleh rakan2 sekerja.
Tahniah dan selamat pengantin baru wan denan.

umi kena strok

lama tak menulis. Sibuk sikit.
Sabtu 3 petang, umi kena strok. Sebelah kiri umi tak dapat gerak. Ahad balik KT tengok umi. Dr ku sheikh kata cuba makan ubat dulu. Kemudian boleh urut.
Mudah2an lekas-lekas semboh. Amin

Friday, February 09, 2007

Phuket - Fan tasyiruu fil ardh..

Di saat ringgit malaysia berada ditahapnya yang tertinggi, RM3.45=US1, ibu tergesa-gesa mencari Baht Thai. Sabtu ibu akan ke Phuket bersama cikgu dan Kak Ma tepewer..
Note: 100 baht = 10.9 selling; 9.17 buying

Thursday, February 08, 2007

salah tangkap..

Bantuan untuk mangsa kebakaran kampung Olong telah disampaikan oleh Timbalan Ketua PAS Cawangan Binjai pada hari semalam, rabu 7-feb. Turut hadir adalah beberapa AJK MTD Air Putih dan AJK PAS cawangan binjai. Ketua MTD Air Putih, Haji Ismail Harun tak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur. Beliau menyampaikan salam dan berharap mangsa segera pulih dari musibah.
Mangsa kebakaran tersebut walaubagaimanapun kesal kerana pihak polis telah membuat tangkapan yang salah sehingga menganiayai orang yang tidak bersalah.
Nampaknya bukan bomoh saja yang tersilap tangkap dan membunuh kucing..

Sunday, February 04, 2007

PAS Binjai bantu mangsa kebakaran

PAS cawangan Binjai semalam memutuskan untuk menyerahkan sumbangan bernilai RM500 kepada mangsa kebakaran di Kampung Olong. Ini tidak termasuk sumbangan barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan harian lain. Rumah mangsa terbakar minggu lepas dalam siri kebakaran motorsikal yang berlarutan. Belum ada tangkapan dibuat sehingga hari ini.
Sementara itu muslimat PAS cawangan binjai juga turut memberi sumbangan berasingan. Semoga kes membakar motorsikal ini dapat dirungkai oleh pihak berwajib secepat mungkin. Penduduk Olong dipercayai masih dalam keresahan dan terpaksa berjaga malam sehingga ada tangkapan dibuat.
Bawa-bawalah solat hajat, jangan percaya sangat pada tok moh.

tiba-tiba KRT semarak kacau bubur sura

hidup segan mati tak mahu - itulah istilah yang boleh dilabel pada KRT taman semarak binjai pada tahun lepas. Baru-baru ni mereka bermesyuarat meneruskan saja tugasan JK lama. Abah tak hadir mesyuarat tu kerana notis mesyuarat KRT tak sampaipun 12 jam. Clash meeting malam tu.
Tiba-tiba KRT 2007 anjur majlis Asyura. Khabarnya tiada perbincangan dalam mesyuarat. Atau mungkin dibincang dalam mesyuarat yang abah tak dijemput? Takkan kerana sekali tak hadir, dianggap terus terkeluar dari senarai JK?
Mudah-mudahan KRT hidup semula tahun ini, dengan program-program kejiranan yang lebih berkesan.

Friday, February 02, 2007

amarah yang membuak

kembalinya seseorang dari tanah suci diharap akan membawa perubahan yang lebih baik ke atasnya. Itu sebagai tanda mendapat hajji yang mabrur. Yang pemalas, balik menjadi seorang yang rajin, yang kedekut menjadi pemurah, yang pemarah jadi pemaaf.
Apabila syed hasan tidak menyambut KI dengan salam, kemarahan KI membuak-buak. Anak-anak harus diajar menghormati orang tua semenjak kecil lagi!
Apabila terkena tulang ikan ketika makan: "Nasib baik mu mapuh, kalu mu hidup, nescaya aku lepang mu!"

batuk KI berlarutan

sudah hampir 2 minggu KI balik dari tanah suci, namun batuk KI belum lagi berkurang. Kadang-kadang keluar darah. Semalam KI bermalam di Taman Semarak, sebelum ke kuantan - cari barang.

Thursday, February 01, 2007

maktar vs mr chin

walaupun tahu maktar salleh sedang hadapi masalah kereta kancilnya exident (total lost), mr chin tetap mendesak maktar supaya mendapatkan kereta baru untuk melancarkan urusan kerja sehari-harinya.
Mr Chin - "Kalau awak tak ada kereta, awak tak boleh kerja di sini lagi! Saya dah tak boleh tolong."
Maktar - "Kalau awak rasa saya tak boleh kerja sini lagi, awak bagi saya surat, saya boleh berenti. Saya bukannya tak biasa berenti kerja!"
Nota: Maktar pernah berhenti dari petra, tapi ditawar kerja semula oleh mr chin di bawah frontken.

Wednesday, January 31, 2007

phuket - boleh gi pulok?

cikgu (distributor TW kuantan) menelefon ibu. Setelah dipertimbangkan, ibu ditawar semula ke phuket dengan syarat membuat bayaran tambahan. Setelah bersyukur kerana ibu tak jadi ke phuket minggu lepas, tentu sukar bagi abah untuk bersyukur pula dengan tawaran ini. Tapi atas minat ibu yang masih tinggi, abah tidaklah berhalangan. Mudah-mudahan selamat pergi dan balik.

lembaga bakar motor di olong?

kecoh di kampung olong binjai. Ada lembaga yang membakar motorsikal setiap malam. Malam pertama, kebakaran turut melibatkan sebuah rumah. Penduduk kampung keluar berjaga malam, tapi hingga kini lembaga itu belum dapat ditangkap.
Khabarnya khidmat bomoh telah digunakan sehingga mereka membunuh seekor kucing. Lalu membuangnya ke sungai geliga. Macam-macam cerita tahyul telah tersebar. Astaghfirullah.
Harap penduduk akan ramai-ramai solat hajat minta pertolongan ilahi..

urutan kaki abang man bukit

semasa sampai di perkampungan ustaz harun, kami disambut oleh abang man (adik ustaz harun). Sementara menunggu kepulangan ustaz harun, abah bercerita tentang kemasukan husayn ke wad semalam. Abang man rupanya seorang bekas pelajar hoeoparthy. Belajar hanya separuh jalan kerana guru banglanya tamat tempoh imegresen. Bila tahu husayn ada masalah jantung, abang man terus mintak kaki abah untuk diurut. Menurut abang man bahagian bawah sendi jari manis kaki adalah urat ke jantung.
Aduuuuh!!!
Alangkah sakitnya bila abang man urut bahagian itu. Untuk membaiki keadaan jantung, abah atau sesiapa saja yang ada masalah jantung, dinasihatkan selalu urut pada bahagian itu.
Di tapak tangan, urat ke jantung terletak di sendi paling atas jari hantu. Urutlah selalu yaa abal qosim!

dah lama tak usrah..

Sejak berhenti kerana puasa ramadhan, sekarang dah muharram - 4 bulan tak usrah! Semalam abang mi (helmi) ajak jumpa ustaz harun untuk sahkan jadual yang telah disusun. Jadual kali ni lebih kerap melibatkan usrah dan kuliah setiap minggu. Mudah-mudahan berjaya capai matlamat yang diperjuangkan..

Tuesday, January 30, 2007

Husayn masuk wad

29jan07, husayn mengadu sakit dada. Ini bukanlah kali pertama. Setiap kali demam dan batuk, dia akan mengadu sakit dada. Bimbang kalau-kalau ada kaitan dengan operation jantungnya dulu (IJN), kami hantar dia ke hospital kemaman.
Doktor pegang.
Di wad, Dr tanya abah macam dalam court. Bila ibu beri kenyataan yang berbeza, kemarahan doktor 'andartu' pun buat kita rasa tak selesa ditahan di wad.
Husayn keluar 12 tengahari 30/1, setelah mengaku tak sakit lagi. Temujanji seterusnya dengan doktor pada bulan mac, untuk keputusan ujian darah?

che' adik nikah

5.55pm, 26-januari-2007, adik abah paling bungsu selamat diijab kabulkan dengan Syed Ahmad Subki (pangkat sepupu). Mudah-mudahan jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru Dalilah!

Thursday, January 25, 2007

SABA tak jadi ke phuket

Februari depan patutnya ibu dapat pergi phuket. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang tentulah abah rasa tak selesa membenarkan ibu ke sana. Kalau ikut tahun lepas, musim tengkujuh berlarutan hingga februari. Ngeri kes tsunami masih lagi dalam ingatan.
Semalam, ibu diberitahu dia tidak melepasi syarat (Tupperware) ke phuket.
Syukurlah.

Wednesday, January 24, 2007

KI selamat kembali dari tanah suci

selasa 23/1, lebih awal sehari dari jadual asal. KI pulang dari tanah suci. Nampak sedikit uzur dan batuk. Selain itu, tiada banyak perubahan - KI tetap KI !
Sungguh banyak hadiah yang dibeli.

Wednesday, January 17, 2007

ibu hampir dilamar 'hartawan'

seorang pakcik tua mendakwa punya seorang anak bergaji besar di petronas. Dia sedang mencari menantu 'semacam ibu' untuk anaknya itu. Mahu yang tidak gemok sangat, tinggi dan tidak bekerja. Mulanya dia ingat ibu masih belum berpunya..
Pakcik itu sendiri seorang yang kaya-raya, punya deretan banglo sewa di mak chili. Ada ladang sawit dan pekerja indo. Ada lembu-lembu yang nak dilastik.. sebab itu dia datang kedai ibu - nak beli lastik seringgit!
Seterusnya pakcik menawarkan dana petronas berpuluh ribu untuk memajukan perniagaan. Tak perlu bayar balik, hanya tunjukkan kemajuan dalam perniagaan..
Kalaulah semua ini betul..

antara berjuang dan cari makan

sekiranya mat duan tak ambil guru baru, PASTI mungkin mampu untuk menaikkan elaun bulanan guru sediada. 4 guru + seorang pembantu untuk 60 murid dikira berlebihan. Tapi adakah 3 guru sediada telah memberi full comitment pada pasti dan aktiviti parti? Hal ini juga harus diambil kira.
Guru baru tidak harus dibiarkan mengalami dilema sama dengan guru lama. PASTI memerlukan guru yang memahami hakikat bahawa mereka sedang berada dalam perjuangan menegakkan sistem pendidikan islam, bukannya sekadar bekerja cari makan..

Tuesday, January 16, 2007

pasti hidup atas semangat perjuangan?

dalam laporan kedudukan kewangan oleh hal ehwal guru pasti alqamariyyah semalam, zali mengemukakan laporan yang menunjukkan sama paras antara pendapatan bulanan dan jangkaan perbelanjaan bulanan. Dengan itu pasti tidak ada keupayaan untuk menaikkan elaun guru pada kadar tahun lepas.
Elaun guru besar sekadar RM200 lebih, sementara guru biasa kurang dari itu. Mereka perlu dibantu supaya dapat memberi komitmen sepenuhnya. Bagaimana ye?

Monday, January 15, 2007

tuan-tuan pengerusi yang sibuk

bila kita tidak hadir satu-satu mesyuarat, orang akan terus menganggap bahawa kita sudah tidak mempunyai komitmen atau tidak berminat lagi. Soal mengapa tidak hadir, itu tidak berapa penting. Soal notis mesyuarat yang diberi kurang dari 24 jam, tak timbul langsung. Lainlah kalau nak hadir mesyuarat dengan hanya berlenggang tangan.. aku setuju, aku setuju, minum air, lepas tu balik tidur - tiada tindakan konkrit!
Itu semalam, mesyuarat KRT punya pasal.
Malam ni mat duan pula ajak mesyuarat pasti. Juga notis pendek.. Kalau ikut hati, memang malas nak pergi. Tuan-tuan pengerusi ni hanya ambil kira masa mereka. Mereka kira mereka saja yang sibuk..

tak hadir mesyuarat akhir KRT2006

Semalam, Pengerusi KRT taman semarak ajak mesyuarat . Surat dia beri petang. Mana boleh! Tak sempat nak prepare langsung. Lagipun SABA ada meeting muslimat malam ni. Siapa nak tengok Aliy? Khabarnya mesyuarat kali ni untuk bubar JK lama, ganti JK baru (2007). Pendapat abah - selagi pengerusi lama tu kekal, KRT taman semarak binjai tak akan kemana.

Sunday, January 14, 2007

mat mustofa 'main tarik tali'

Sungguh mengecewakan! Mat mustofa sekali lagi telefon menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan niatnya membeli tanah di wakaf tapai kerana dibantah oleh ahli keluarganya. Mereka berpendapat harga yang ditawarkan itu masih mahal.

"tahun depan dia pulok"

Abang Mbong rupa-rupanya dah balik dari dari Makkah. Abah baru sedar kerana dah seminggu tak ke surau. Semalam pergi ke surau ikuti kuliyah maghrib ayahanda ustaz syed abu bakar. Semasa bersalam selepas solat isyak berjemaah, abah ambil peluang peluk abang mbong. Masa tu, ustaz Syed Abu Bakar kata, "tahun depan dia pulok!". Abah memang tengah berangan nak pergi buat haji secepat mungkin kalau mat mustofa jadi nak beli tanah di wakaf tapai..

hujan dan bil klinik yang menakutkan

Hujan lebat telah membawa banjir besar kali ke 2 di johor. Habis tenggelam kereta dan rumah. 80 ribu penduduk terpaksa berpindah sekali lagi. Mudah2an dielakkan kita dari bencana yang sebegitu.
Bila hujan, amal selalu baca doa :
ALLAHUMMA SOIYIBAN NAFI'A - Ya Allah, turunkan ke atas kami kebaikan.
Elakkan bermain hujan. Tengok, syed aliy dah demam, hingga bengkak kelenjar. Di klinik Ibnu Sina, mereka tak benarkan lagi penggunaan kad ING untuk ahli keluarga.
Terkejut dengan total cash yang abah kena bayar, syed aliy terus baik demam esoknya.. :-)

ATEH dan cucunya di semarak

mengapa perlu rasa tak selesa bila ada tamu nak bermalam di rumah kita yang sempit? Janganlah! Janganlah begitu! Sambutlah siapa saja yang sudi nak bermalam di rumah kita. Walaupun sempit dan terpaksa berkongsi bilik, kita mesti sambut tetamu dengan baik. Satu hari mungkin kita sendiri terpaksa bermalam di rumah orang lain yang lebih kecil? Jadi lapangkanlah dada, terima tetamu dengan hati terbuka.
Balik dari dungun, ibu menumpangkan ATEH ke rumah NDE sang di Bukit Kuang. Malangnya nde sang tak ada. Jadi ateh dan seorang cucunya (anak ROKI) bermalam di taman semarak. Budak itu nampak cerdik dan indipendent walaupun masih kecik.