Wednesday, March 28, 2007

basikal buat si rajin


NIRA bukan saja rajin, tapi menunjukkan minat yang tinggi terhadap kerjanya di kedai kita. Dia pula bukan dari keluarga yang berada sangat. Sebab tu bila ibu cadang nak hadiah basikal buat nira, abah rasa memang patut.
Dulu masa Mek Zan berenti, abah rasa pasti susah nak cari yang sebanding dengan mek zan. Nampaknya persaan abah tu sangatlah tak betul..

Tuesday, March 27, 2007

sambutan maulid di surau olong meriah

walaupun tarikh sambutan maulidurrasul surau olong clash dengan kuliyyah tafsir ustaz zul di surau abang lie, sambutan orang kampung nampaknya meriah. Ustaz Harun tidak lepas peluang menerangkan perbezaan PAS-UMNO dalam kuliyahnya, bila mendapati ramai orang UMNO turut sama di majlis itu. Walaupun majlis maulidurrasul, soal politik perlu disebut kerana hakikat perjuangan rasulullah SAW sendiri tidak terpisah dari soal politik.
Ustaz Syed Abu Bakar turut ambil bahagian selepas isyak dengan menyeru penduduk kampung mendekati surau dan menuntut ilmu untuk bekalan akhirat. Jamuan nasi gulai kambing sangat mengujakan.

Sunday, March 25, 2007

ummi sedikit pulih


sudah sebulan umi terlantar di rumah. Semalam dia merungut nak ke hospital. Mungkin dah puas duduk di rumah. Berbanding abah balik mula dulu, umi sekarang sudah boleh duduk tanpa dipangku, bercakap dengan baik, solat sambil baring. Tapi kadang-kadang masih tak stabil.


Khabarnya ada bomoh datang memasukkan ubat 8-9 botol ke kaki dan tangan umi. Yang peliknya dia mendakwa husny yang suruh mari?

surat terbuka abang Lie

sebaik sahaja habis ucapan perasmian oleh tuan hj syed hashim, pengerusi tetap telah membenarkan pembacaan sebuah surat terbuka dari hj ramli di mesyuarat agung pas cawangan. Hal ini pada abah sangat aneh? Mengapa sebagai seorang ahli dia tidak hadir sendiri untuk menyampaikan apa saja tegoran yang dirasakan perlu? Mungkin pada masa depan, akan ada mana-mana ahli yang tidak hadir boleh saja menulis surat terbuka untuk dibacakan dalam mesyuarat agung? Peraturan barukah ini?

mesyuarat agung tahunan pas cawangan binjai

antara keputusan penting dalam mesyuarat ni ialah abah tidak lagi memegang jawatan naib ketua. Jawatan tu telah diberikan kepada ustaz harun ibrahim dengan undi mejoriti. Walaubagaimanapun ustaz harun tidak hadir? Menurutnya dalam SMS kepada abah, sebagai naqib usrah cawangan, dia tak dapat hadir. Jawatan ketua kekal pada Pak su Nor, walaupun beliau berusaha menolak kerana sudah tua (?).



pak su nor (ketua - kekal jawatan), Ayahku Syed Hashim (perasmi), Nik Ismail (pengerusi tetap - kekal jawatan) dan razali (bekas SU).



abdul kadir sedang memberi ucapan penangguhan. Antara yang dia tegor adalah sikap SU yang tak ambil berat tentang kesilapan dalam dokumen-dokumen kesetiausahaan. Contohnya dalam surat panggilan mesyuarat agung, tempat mesyuarat ditulis sebagai - surau batu hj ramli..


antara muslimat yang hadir. Mudah2an jawatan kuasa baru yang dilantik akan lebih bertenaga.


perhatikan bahawa mesyuarat berlangsung di surau yang masih dalam pembinaan. Semalam abah difahamkan ada penderma yang telah membekalkan bahan-bahan untuk menyiapkan bahagian atap. Harap ramai lagi yang tampil menderma.

Wednesday, March 21, 2007

rawatan medan elektrik

abah mungkin antara yang lambat tahu tentang adanya khidmat rawatan medan elektrik di kemaman. Pak alim dah tahu lama, malah bercakap-cakap hal itu sejak lama dulu. Tapi abah buat tak peduli. Tak berminat. Sekarang baru nak ambil tahu. Semalam, kali pertama pergi ke rawatan itu, kerani tu cakap abah ketinggalan zaman! Sepelusuk kemaman dah datang, abah baru nak menjengok. Beberapa kali kena renjatan di awal masa rawatan.. Mesin ini khabarnya sesuai untuk pelbagai jenis penyakit saluran darah: darah tinggi, strok, kencing manis, migren, parkinson, gaut, jantung dsb. Yang penting, tak payah bayar.

Tuesday, March 20, 2007

tidak mudah untuk kata "tidak"

bila melibat perasaan, adik-beradik, sedikit rayuan.. 'tidak' semalam boleh bertukar menjadi 'ya'. Sedikit 'janji' sahaja diperlukan.. Hati abah sudah cair. "Enam bulan", harap tidaklah terlalu lama..

Monday, March 19, 2007

Nilai sebuah SMS

Dari segi harga, sebuah SMS mungkin tidak bernilai langsung atau paling mahalpun 10 sen. Tapi hari ni abah rasa telah menghantar sebaris SMS yang amat bermakna! Nilaiannya adalah sebuah Toyota UNSER.
Abah belum pasti apa akibat dari SMS ini selain sekarang abah rasa sedikit lega dari memikirkan akibat dari menghulur kepala ke ‘pasong’ bank loan. Mungkin ianya akan mengecewakan seseorang, tapi bagaikan dah tak boleh nak ditelan mahupun diluah.. Keputusan harus dibuat setelah istikharah.
Mohon maaf, abah memang salah kerana memberi harapan tapi menarik balik setelah harapan itu tidak tertanggung lagi. Abah harus belajar untuk berkata tidak..

Friday, March 16, 2007

husayn disyaki pembawa telesemia?

abah di KL semasa husayn hadir appointment (14/3) dengan doktor pakar berikutan dari dia masuk wad, 2 bulan lepas. Menurut dr., husayn bebas dari kes jantung, sebaliknya disyaki pembawa telesemia.. Jadi darah dia masih diperlukan untuk ujian selanjutnya. Mohon perlindungan Allah dari segala keburukan..
Menurut iklan di TV, pembawa telesemia hanya sesuai kawin dengan yang bebas telesemia sahaja.. ?
huseen, huseen (ingat iklan filem mohsin).

tingkat 23 hotel armada, pj



mulanya agak keberatan juga nak ke KL, tapi dah tak ada alasan, terpaksa juga akur arahan bos supaya berkursus 2 hari di pusat dagangan phileo, damansara - ibu pejabat frontken. Abah ke sana bersama asadi, menginap di tingkat paling atas (23th.) hotel armada, PJ. Kursus disampaikan oleh dr yong from frontken singapore. Kursus adalah berkait dengan QHSE. Sungguh mengantuk tapi meluaskan pandangan juga.

Thursday, March 08, 2007

lafaz niat adalah bid'ah?

abah tak pasti, kitab apa yang abang Li hurai. Yang pasti kitab fekah, bab solat. Perbincangan tentang lafaz niat. Menurut abang li, kebanyakan ulama syafi'iyyah menganggap lafaz niat sebagai bid'ah. Hanya segolongan yang kata sunat, bagi memudahkan niat.
Persoalannya ialah kelaziman orang melayu melafaz niat dalam bahasa arab (usolli..), tetapi berniat ikut bahasa melayu (sahaja aku sembahyang..)? Jadi adakah tujuan lafaz niat itu dicapai?

kuliyyah abang li di Surau Olong

banyak mata yang tercorong bila lihat abah hadir kuliyyah abang Li di surau olong. Setelah sambutan dingin di suraunya, abang li mendapat sambutan hangat di surau olong. Dah lama abah dengar, tapi baru semalam dapat hadir. Demikianlah seorang pendakwah, di manapun kita berada, kita tetap kena sampaikan ilmu di dada. Sukar nak cari pengganti pendakwah berhati kental macam abang Li.
Kebanyakan yang hadir golongan tua. Sesuatu patut dilakukan bagi menarik yang muda-muda.

langgar lampu merah

seorang peguam muda bercerita - suatu malam dia melanggar lampu trafik merah. Buat apa nak berenti, kalau dah pasti selamat melintas? Rupa-rupanya ada polis. 'Kerja awak saman, saman lah!'. Bila bicara, dia tidak mengaku bersalah. Polis perlu buktikan yang saya melanggar lampu merah. Kalau tidak, tuduhan itu tidak berasas.
Buang kes.

zubir - akhirnya bertemu jodoh jua

setelah sekian lama menduda, akhirnya akhi zubir mengirim kad jemputan wanginya jua. Jodoh pertamanya dulu tak panjang. Yang panjang adalah tempoh mendudanya. 'Siapalah nak kat aku',keloh zubir.
Bulan lepas zubir ada call. Katanya nak ajak abah ke Kedah. Abah agak ajak-ajak ayam je. Rupanya dia nak kawin..

Wednesday, March 07, 2007

musim strok

sehari selepas umi kena strok, bapa mentua pak halim meninggal -juga disyakki strok. Seminggu lepas tu, ayah duan dimasuk ke hospital kerana penyakit yang sama. Seorang pelanggan rutin di kedai, juga merungut - sekarang susah sikit nak mari kedai sebab orang tuanya kena strok. Petang semalam, abangmie (halmi) ajak lawat ayah duan di hospital kemaman. Keadaannya lebih kurang umi - sebelah kiri tak boleh gerak.

Monday, March 05, 2007

omelan umi

umi kena strok sabtu lepas, 24/feb. Masa abah balik KT - 25/feb, percakapan umi tak boleh difahami. Semalam 4 mac, omelan umi sudah boleh difahami, walaupun tak 100% baik. Selain itu, tangan dan kaki umi belum boleh digerakkan. Oleh itu, dia masih belum boleh bangun sendiri.
Laa haula wala quwwata illa bilLah.
Walaupun anggota tak boleh bergerak, fikiran umi tetap bergerak laju. Umi mengingat balik peristiwa lama yang mencuit hatinya. Husny masa kecil, memaksa umi ajar mengaji walaupun umi dalam 'uzur'. Umi pesan supaya ajar anak-anak mengaji sampai fasih; Jangan kelahi dengan bini; Hati-hati kalau nak berhutang atau memberi hutang!
Banyak yang umi fikir walaupun dalam keadaan uzur. Fikiran umi bersimpang-siur buat dia sukar nak tidur, walaupun mengantuk.

ulangtahun ibu - tiada sambutan tapi ada kejutan

abah bukan suka sangat beli kek kedai cina untuk sambut hari lahir anak-anak, mahupun ibu. Mungkin dengan beli kek, boleh sedikit menceriakan suasana. Tapi kek tu bukannya berkhasiat. Mahal pulak tu.
Kali ni 1hb mac, abah benar-benar tak beli kek untuk ulangtahun kelahiran ibu. Nampaknya ibu tak marah. Nak tahu kenapa? Ibu dapat suatu yang lebih berharga. Hand set baru, samsung X530, rm480 di central point, kemaman. hand set lama (konka) masuk air.
Mudah-mudahan dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki.