Thursday, May 29, 2008

mek ira nikah jumaat?


Mek ira cuti sakit kepala, selepas sehari majlis pertunangannya. Khabarnya keluarga sebelah lelaki minta dipercepatkan ke jumaat ini dan tidak sebagai yang dijanjikan sebelum ini - selepas raya haji.
Moleklah. Perkara yang baik eloknya dipercepatkan. Mudah-mudahan mendapat barakah.

Tuesday, May 27, 2008

che' ta datang lagi

Ada dua permintaan untuk solat hajat selepas kuliyyah ustaz zul semalam. Satu dari seorang jemaah yang akan menjalankan pembedahan barah supaya selamat dan sembuh dari penyakitnya itu.
Satu lagi adalah dari seorang jemaah yang mendapat kereta baru lalu berhajat supaya dilindungi keretanya dari perkara yang tidak diingini. Menurut ustaz zul, kalau diminta memandikan kereta baru itu, dia berhasrat untuk memandikannya bersekali dengan tuan ampunya kereta, malangnya tuan kereta itu seorang wanita..!
Abah teringat ‘che’ta datang lagi’ yang suatu masa dulu selalu saja hantar jeput pisang, pagi-pagi. Setelah mendapat buah hati baru, dia kini pakai Grand Livina, model terbaru Nissan. Siapakah agaknya yang memandikan kereta che'ta?

Friday, May 23, 2008

top dealer kuali


80 biji! setakat ni ibu adalah pengedar kuali tuperchef terlaris di pantai timur.. Tahniah.

mek ira bertunang

harini mek ira bertunang pemuda sekampung. Agak lega rasa kalau ini dapat membebaskan dia dari cengkaman pemuda india yang dulunya dikatakan sebagai 'buah hatinya'.. Tak usahlah tunang lama-lama.

Wednesday, May 21, 2008

ibu hilang


ibu tak dapat dihubungi? ramai yang cari. Abah yang jadi mangsa. Telpon abah yang biasa senyap, semalam kerap berdering. Ibu tak angkat telpon.. Kakma kata - "aku ingat mung kena colek, sa.."
Rupanya, bateri telpon ibu - kong!
Kalau beli bateri baru ori, rm50; Kalau beli telpon baru paling murah rm125, nokia 1208. Boleh buat hadiah hari ibu, biarpun dah agak terlambat..

Tuesday, May 20, 2008

famili unik

Pagini abah dapat satu emel dari pakcik lot. Kisahnya menarik untuk kita renungkan bersama:

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS. Ceritanya begini... Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ. Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat trave semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... -Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ??? -Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk ??? -Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ??? -Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ??? subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...
Bolehkah keluarga kita dapat jadi begini?

Monday, May 19, 2008

alfatihah

takziah kepada kakmah (rumah belakang) atas pemergian suaminya abang abu bakar semalam. Suaminya pergi setelah menderita sakit barah. Dia merupakan pesara proton, pekan. Walaupun berasal dari pahang, jenazahnya disemadikan di jerangau, kampung orang tua kakmah.

Sunday, May 11, 2008

jam 'petra' buat abang yus

dah lama abah tak pakai jam tangan yang bercetak 'petra' yang abah dapat sempena 10 berkhidmat. ("..hanya dapat jam? setelah 10 tahun berkhidmat?" - tegur zaleha yang baru masuk kerja). Semasa abang yunus nak balik ke tati setelah beberapa malam menginap di rumah, abah telah berikan jam tersebut kepadanya. Mudah-mudahan lebih bermanfaat dari hanya tersangkut di dinding bilik..

drama cinta mek ira

pagi semalam, tiba-tiba seorang budak muda berbangsa india muncul di kedai, marah-marah ke mek ira, "aku nak balik simkad aku..". "Takdo', mung reti do'?", jawab mek ira. Abah cuba mendekati dan meleraikan mereka. Pemuda india itu berlalu tapi datang semula tengahari. Mek ira memulangkan simkad itu setelah abah minta dia berbuat demikian. Menurut ira, simkad itu milik nya, bukan milik pemuda india itu.
Abah gantikan simkad baru untuk mek ira. Bolehkah drama cinta mereka tamat hanya di sini?

Tuesday, May 06, 2008

susu naik

Orangramai bagai boleh terima begitu saja kenaikan harga beras. Mereka hanya diminta kurangkan makan nasi. Tapi bila susu tepung naik, bolehkah abah memujuk aliy supaya kurangkan minum susu?
Harga susu tepung penuh krim fernleaf paket 2kg pada bulan lepas di the store kemaman adalah rm26.50. Semalam abah cari susu jenama ni dah tak dijual lagi di kebanyakan kedai. Rupanya dah tukar paket baru, tapi harganya melambung rm39.50! (dengan hanya menukar paket baru). Kenaikan lebih dari 50%.
Sedang mat aliy makin kuat mintak susu. Tengah lenapun dia mintak susu.. "ibu, nak bak!"

Monday, May 05, 2008

ho chi minh city

makin dekat..
Abah beritahu ibu supaya ajak KI saja. Abah kurang terangsang untuk ke sana. Abah rasa KI tentu tidak menolak. Lagipun siapa yang nak tengokkan anak-anak?

pendeknya doa imam solat hajat..

Di majlis solat hajat naik rumah mat zaman, ustaz harun tak datang, poksu nor pun tak datang. Tiba-tiba abah pula kena jadi imam solat hajat. Ganjil juga rasanya bila imam solat hajat tak baca doa panjang-panjang.. (foto tak berkaitan, hanya hiasan)

Friday, May 02, 2008

undi tak percaya

semasa mat zaman datang ke rumah menjemput abah untuk majlis naik rumah barunya, abah ada sebut betapa ketua pemuda pas binjai perlu ditukar dengan undi tak percaya, itupun kalau pemuda pas cawangan binjai nak bergerak aktif. Mungkin ada cara lain supaya ketua pemuda itu ditukar, tapi cara ini mungkin lebih 'berpolitik' sifatnya. Abah rasa Mat zaman memang layak ganti tempat tu sebab dia sentiasa punya ide bernas dan ada kemahuan positif untuk menggerakkan parti. Kita tidak berniat untuk memalukan ketua pemuda yang sediada dengan mengadakan undi tak percaya itu.. tapi dia sepatutnya sudah lama sedar bahawa dengan terus memegang jawatan itu dia sebenarnya menyekat parti yang dia kasihi dari terus mara.