Friday, December 29, 2006

ZAN nikah petang ni

Mek Zan insya Allah akan menikah petang ni dengan BLACK. Mudah2an jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat dan dapat menjalani hidup bahagia dunia akhirat. Majlis sambut menantu, apasal buat hari budak daftar sekolah?

DA fikri tak paham-paham

akibat dari monopoli bangsa cina terhadap ekonomi kita, abah tak dapat lagi supply kad top up prepaid. Menurut taukeh cina tu, mereka pun dapat supply dengan harga yang sangat tinggi. Nampaknya takde lagi peluang kedai2 runcit nak jual prepaid.
DA fikri yang selalu ambil kad tu dari kedai kita untuk jual semula pada kawan2nya masih lagi minta supply walaupun dah berkali abah kata supply dah stop. Dia macam tak paham-paham?

kamera ofis - display rosak

setelah masuk ofis pagi ni, abah dapati display camera ofis dah tak berfungsi lagi. Display yang keluar bagaikan ada 'internal crack'. Tapi masih boleh download gambar-gambar yang telah diambil. Jelas, memang ada yang menggunakannya semalam. Gambar yang didownload tu, bukan yang abah tangkap. Kamera tu baru pakai kurang lebih, sebulan.
Setelah siasat, nasib baik ada yang mengaku menjatuhkan camera tu. Kalau tak, naya aku..

Thursday, December 28, 2006

pembedahan buang tulang ikan

lagi kisah pak anjang..
memang banyak cerita pak anjang. Walaupun hanya dalam pertemuan yang singkat, dia sempat bercerita pelbagai hal. Dia baru saja selesai membuat pembedahan kecil pada tongsil, kerana membuang tulang ikan yang terlekat..
Lekat tulang, sampai buat pembedahan? Menurut pak anjang, misi yang menjaganya merungut kerana pak anjang 'manja' macam budak-budak..

nira dah pakai tudung

sekali nasihat saja, nira terus menurut. Start hari rabu, kak nira dah pakai tudung. Nampak comel sikit..

KI telefon dari tanah suci

dari tanah suci, KI telefon - ceria dan sihat. Bersiap untuk menuju ke arafah bagi menunaikan rukun haji - wukuf. Wukuf tahun ini jatuh pada hari jumaat di tanah suci. Wukuf hari jumaat di anggap wukuf akbar, dimana pahalanya seperti 70 kali pergi haji?
Mudah2an mendapat hajji mabrur. Selamat berwukuf. Doakan kami..

PAK ANJANG tak kesah, tak dapat 1000

sambungan cerita pak anjang..
Pak anjang lahir 1926. Tahun 2006 pak anjang sepatutnya genab 80 tahun. Ini melayakkan dia mendapat sumbangan untuk warga emas oleh ke bawah duli sultan pahang. Tapi nama pak anjang tak tersenarai kerana JKKK tidak mengambil kira surat beranaknya yang sebenar. Rekod JKKK menunjukkan pak anjang perlu tunggu 2 tahun lagi untuk dapat RM1000. Tapi, pak anjang tak kesah..

CHE' YAH nak duduk seminggu

che yah nak duduk seminggu di rumah kita yang sempit. Moleklah. Boleh dia tolong ibu kemas rumah dan teman anak-anak masa ibu pergi jaga kedai.

Tuesday, December 26, 2006

kak wahida nak ke bangi semula

Tiba-tiba Kak Wahida telefon, samada ayahni free pada 2 dan 3 Januari depan? - untuk teman abahnya (ayahdi) hantar wahida ke UKM bangi.
Dia nak belajar semula di situ?
Harap pemergiannya kali ni akan menghasilkan sesuatu yang boleh membanggakan kedua orang tuanya.

orang 'gochoh'

semasa hantar barang ke kedai malam semalam, abah hampir tak dapat parking van. Ramai orang berkumpul depan pondok polis binjai yang berhadapan dengan kedai WN. Mereka tak dibenarkan masuk.
Difahamkan polis sedang soal siasat kes pergaduhan antara budak-budak muda dari kampung Pengkalan Binjai lawan kampung Pengkalan Pandan. Puncanya dari masalah 'couple' yang kena tegor tapi tak mahu dengar nasihat. Masing-masing penyokong menunggu penuh debaran. Nampaknya, Polis chukai dah campur tangan.
Kelakuan anak muda sekarang makin sukar dikawal, berpuak-puak.

NIRA @ azura

Bila nurul terhalang(?) niatnya untuk berkerja di WN binjai, ibu mintak jasa baik kak zan sambung khidmatnya 2 hari lagi.
Syukurlah cepat dapat pengganti. Kali ini nama pembantu kedai ni pelik sikit - Nira. Nama sebenarnya adalah azura. Harap kali ni dapat bertahan lama. Cuma yang tak sedap sikit, awek ni free hair! Start kerja hari natal - 25 disember.
Nota: Senarai pembantu sejak mula buka kedai - (ma, mek ta), che adik, fifi, ros, zan, (nurul) & nira.

Sunday, December 24, 2006

menziarah pak anjang

Selalunya bila pergi kuantan, abah hanya sempat meninjau-ninjau samada pak anjang ada berehat di atas kerusi panjang, beranda rumahnya di sungai ular. Entah bila nak singgah ziarah rakan karib BAB tu. Masa kecil kami panggil dia - pak gani.
Kesempatan semalam balik awal dari kuantan, singgah sekejap. Pak anjang dah tak dapat cam. Mata dah kabur. Bila tahu yang ziarah dia adalah husny, anak tuan sembok, dia terus bercerita tak henti. Macam-macam kisah. Abah hanya mengangguk?, tak faham dialect pahangnya yang pekat. Beliau cerita tentang tanah-tanah bab yang banyak, kereta bab, megat yang menanggung sakit kerana 'tercuri' limau bab, pelita kubur; sehingga abah terpaksa cari alasan untuk balik segera. Di rumah maryam dan husayn menunggu 'something' dari kuantan?
Cerita pak anjang baru nak muqaddimah?

tanah tok muchong

Buat ke sekian kalinya ummi telefon menyatakan minat orang kaya wakaf tapai, mat mustaffa terhadap tanah getah di tok muchong. Kalau semua setuju, ianya akan diselesaikan selepas raya haji, insya Allah. RM25K sebahagian? Kena check, berapa harga semasa?
Abah baru saja bercakap dengan abang zahid, suruh tengok2kan tanah tu kalau-kalau boleh dimanfaatkan. Jangan nampak macam kita tak berminat langsung atas tanah warisan tu. Fikirkan dan usahakan, barulah ada hasil. Orang muda (abang zahid) pasti banyak ide.

Nurul hanya lekat sehari!

Bertuah sungguh! Nurul yang masuk bekerja menggantikan mek zam semalam, sudah nak berenti kerja. Dia memberi alasan ayahnya yang baru dapat bekerja sebagai 'pak guard' tak dapat nak menghantarnya pergi-balik ke kedai.
Harap mek zam boleh lanjut khidmatnya sehari-dua lagi.

mek zam berenti, nak kawin

Semalam sepatutnya adalah hari terakhir buat mek zam sebagai pembantu kedai di WN binjai. Dia terpaksa berhenti kerana akan bernikah pada hari kamis, 28 disember ni. Abah suka merakam ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat mek zam.
Juga ucapan terima kasih tak terhingga sepanjang perkhidmatannya di kedai, walaupun hanya kira-kira 2 bulan. Khidmatnya begitu baik dan sudah pasti sukar untuk dicari pengganti yang sebanding dengannya.

Friday, December 22, 2006

Abang zahid hanya memohon sokongan

Petang semalam abang zahid sampai ke kemaman, bermalam di rumah. Dia membawa 'harapan'nya yang tinggi. Dia mohon keputusannya disokong dan direstui oleh semua. Mudah-mudahan dia berjaya. Amin.

kena bayar dulu, 450 GBP

Seperti yang diduga. Emel dari mr anthony smith yang kononnya dari 'alliance & leicester bank, UK', minta supaya membayar dulu 450 Great Britain Pound sebelum memasukkan sejuta pound ke akaun aboh. Sungguh licik!!
Aboh jawab - "saya hanyalah seorang shopkeeper yang miskin di sebuah kampung yang kecil. Mana saya nak dapat 450 pound (=RM3000)? Please deduct from my loterry amount."
Layan angin..

Thursday, December 21, 2006

harapan abang zahid

Abang zahid nampaknya benar-benar serius. Mulanya abah ingat ini tidak lebih dari kehangatan semangat darah muda. Rupanya tidak. Abang zahid punya harapan yang tinggi dan mohon agar hasratnya itu disokong.
Ayahni tiada masalah. Selagi tidak melanggar hukum syarak dan ianya difikirkan baik. Hanya satu, dalam soal jodoh - restu ibubapa amat berperanan dalam keberkatan berumahtangga. Ini adalah dari pengalaman. Berusahalah..

lubang yang sama kah ini?

Orang mukmin tak patut terjatuh ke lubang yang sama sebanyak 2 kali..
Tahun lepas seorang budak kononnya dari Ivory Coast (Africa) yang mendakwa dirinya adalah pewaris seorang hartawan. Dia dan adiknya ingin menyelamatkan hartanya dari keadaan yang tidak stabil di negaranya. Mereka mahu mendepositkan wang tunai jutaan dolar ke dalam akaun abah sebagai amanah. Komisyen untuk amanah inipun nilaiannya jutaan ringgit.
Akhir sekali dia minta pendahuluan untuk urusan 'fund transfer'. Nampak sangat nak menipu. Kali ini.. ?
Kali ini pula adalah sumbangan lottery dari 'fortune sweepstakes organisation'. Juga melibatkan sumbangan bernilai juta. Boleh ke percaya? Kita layan angin dulu. Tengok setakat mana dia nak menipu..

mengawal emosi

BENGANG! sungguh bengang! sungguh payah mengawal emosi bila diri rasa dihina. Mood jadi tak menentu. Sabar.. sabar..
Ingat peristiwa Saidina Ali yang tak jadi bunuh yahudi yang meludahnya. Membunuh harus kerana Allah, bukan kerana diri dihina.
Sebagai seorang yang baru nak berjinak dengan dunia perniagaan dengan modal yang tak seberapa, kita harus banyak bersabar, kental hati. Jangan cepat melatah bila diri rasa dihina, walau oleh tauke cina yang bongkak lagi kafir.
Balik rumah baca quran. Tidur awal.

Wednesday, December 20, 2006

sepetang bersama 'boss'

Petang semalam boss ajak ke TCOT - check 'barang' di sana. Dalam kereta, boss asyik bercerita. Abah hanya mendengar, angguk2, geleng2. Boss memang banyak cerita - cerita hal karenah anak2 di musim cuti sekolah, hal ofis-politik, hal client yang terlampau, hal 'big boss', dan macam2 plot kehidupan manusia yang mengejar jawatan 'boss'. Perjalanan tak terasa jauh kerana cerita boss hangat-hangat belaka..
Bukan mudah jadi boss, cabarannya sungguh menduga iman. Kalau tak amanah, boss boleh kaya cepat? Tapi boss mesti ada pendirian, baru boss akan dihormati! Boss boleh buang orang kalau boss mahu. Tapi seorang boss mestilah seorang penyabar, baru boss akan disegani. Boss tahu banyak rahsia; Boss mesti banyak contak, luar dan dalam; Boss mesti tegas tapi jangan cepat marah! Boss jangan pentingkan diri sendiri; Boss mesti mahir ofis-politik; tapi jangan selalu sangat mengaku boss..
Boss tak perlu panjat tinggi-tinggi kalau boss gayat, kerana itu bukan kerja boss ;-).
Macam-macam kemahiran yang mesti ada, kalau mahu jadi boss..

Tuesday, December 19, 2006

ber'tawaf' taman semarak

Dah lama tak pusing taman semarak. Masa aktif UKK dulu, hal ini biasa. Tapi sekarang rumah dalam taman makin bertambah. 400 keping risalah yang mat duan fotostat, masih tak mencukupi. Abah dan Pak Cik Duan edar iklan kemasukan tahun 2007 PASTI alqamariyyah dan iklan qorban/ aqiqah untuk hari raya haji tak lama lagi. Harap-harap dapat sambutan menggalakkan.

telunjuk husayn ber'becher'

setelah sembuh dari berkhatan, husayn menanggung sakit baru. Mulanya jari telunjuk husayn nampak macam terkena api. Ternyata ianya adalah bengkak nanah dari kuku yang boleh nampak hingga ke telapak jari.
Semalaman husayn tidur sambil menahan sakit. Hairan mengapa Dr Zul tak beri ubat tahan sakit - hanya antibiotik dan ubat surut bengkak. Aboh pulak lupa nak mintak..

anak muda pantang ditegor

Pak Cik Nasir sampai patah gigi 3 batang! Remaja yang ditegornya kerana membuat bising waktu malam di taman semarak binjai tak dapat menerima tegoran itu lalu mengadu kepada orang tuanya. Sibapa tanpa usul periksa terus bertindak balas hingga pak cik nasir menerima nasib malang sedemikian rupa.
Demikianlah anak muda sekarang, makin banyak perkumpulan mereka, bergaul bebas hingga larut malam. Jangan silap tegor. Nanti merana badan!
Siapa nak dipersalahkan?
Sabtu lepas, pengerusi KRT pula memberitahu bahawa di Taman Semarak 'gejala sosial' sudah sampai ke tahap RM30 sahaja! Apa agaknya yang KRT boleh buat? atau terus tak payah berbuat apa-apa..

Monday, December 18, 2006

udang ketok tu mende ape? - sha mi

semasa menjawab e-mel kak aminah, abah mengingatkan dia supaya - 'jangan lupa ambik gambar udang ketok mengganas'. Orang ganu rupanya tak tahu, apa itu udang ketok? Aboh cuba bertanya samada orang kemaman tahu? Rupa2nya hanya Orang dungun yang tahu ;-)

bloza MPKT

Ini e-mel dari aminah..
"ni rumoh ambe nok kene rombok doh.... brozaa masuk, abih ye nok kauk......allesa lah.... "
Mohon perlindungan Allah dari kezaliman. Amiiin.
Nota: rumah mereka di cabang 3, tokku terlibat dalam mengambilan tanah untuk dibuat jalan raya baru oleh kerajaan had-hari.
Marilah jadi orang kemamang..

YAM kena cucuk 3 hari berturut

"Ini kudis malam..", kata Dr masrina. Kudis tu menyerang mekyam dengan teruk sekali. Bengkak kaki dibuatnya. Maryam perlu dicucuk antibiotik 3 hari berturut. Fatimah hanya perlu makan antibiotik. Cucukan pertama mengeluarkan air mata, cucukan terakhir menguntum senyum..

kudis api menyerang

Menurut pakcik azman yang menyapa aboh di pantai telok mak nik jumaat lepas, kudis yang menyerang mekyam dan mek timah adalah 'kudis api'. Rupa kudis tu memang macam terkena api.. Abah bawa anak-anak ke pantai untuk mengubat kudis mekyam/ timah disamping, hasan/ husayn yang tak baik-baik lagi dari luka khatan. Husayn OK dah sikit, tapi hasan masih terbongkok2 berjalan, mengelak geseran seluar.

Wednesday, December 13, 2006

takziah buat mek nor

Hanya berselang sehari. Selepas berita kematian adik wan adnan, hari ini - sebaik abah balik bercuti, hantar ki ke airport KT - berita sedih turut dikongsi boss pejabat aboh, merangkap jiran kita - mek nor sina. Ayah mentua meninggal di Dungun. Takziah dari kami di petra.
Kullu nafsin zaa iqotul Maut.

Menghantar Ki pergi haji

Tahun sudah menghantar WAN pergi haji. Tahun ini menghantar Ki pula pergi haji. Namun hanya setakat di airpot telaga batin! Bilakah agaknya giliran aboh dan ibu pula nak gi haji ? Nyang tanya, ABA (Tuan Dalam) pun tanya soalan yang sama. Abah sendiri tertanya-tanya sepanjang melayan sayu suasana di airport..
Note: WAN ada minta abah supaya azan masa Ki nak berlepas ke airport. Tapi nampaknya amilan lebih cepat bertindak..

Monday, December 11, 2006

takziah buat wan adnan

Adik wan denan dijangka akan menjalani latihan amali di bengkel tempat Aboh kerja, januari depan. Ajal tak mengenal usia - pagi ini kami mendapat berita kematiannya kira-kira jam 8:00 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (Hospital Besar Kuala Terengganu - nama baru tukar) . Arwah baru berusia kira-kira 20 tahun. Menurut denan (foto), adiknya mula demam kira-kira 10 hari dan berulang-alik ke klinik dan hospital. Keadaan bertambah teruk - darah keluar melalui hidung, mungkin akibat diberi antibiotik yang tak serasi?
'Arwah mungkin menghidap penyakit barah darah' - denan.
Jenazah akan disemadi di Jerangau. Takziah. Mudah-mudahan rohnya dirahmati.

Sunday, December 10, 2006

Dimana ada ikan, di situ ada air?

Sekarang sudah masuk minggu ke-2 disember, hujan musim tengkujuh tahun ni baru nak bermula. Jumaat - Air hujan masuk ke ruang garaj rumah di Sungai Buaya bersama kehadiran tetamu tahlil, menghanyutkan selipar dan kasut.
Kesan taufan durian yang diwar-warkan media massa, cukup mendebarkan.. Nelayan dilarang ke laut dalam. Hasan/ husayn yang sedang berpantang tak dapat makan ikan selar. Mereka merasa pelik - mengapa dikala banyak air (musim hujan), ikan tak dijual di pasar?
Sabtu, abah masak sup bunjut ayam untuk budak-budak dalam pantang..

khatan (5) - lepas seminggu, hasan masuk SINAR

Selepas hari berkhatan, setiap hari beli harian sinar. Namun, interview hasan tak keluar-keluar. Hampir-hampir putus asa.. Mungkin interview tu tak ada nilai berita?
Lepas seminggu (jumaat), belum sempat beli 'paper', abami (helmi) hantar SMS - "anak masuk sinar".

tahlil di KT & dungun

Petang khamis, bergegas balik ke KT untuk hadir tahlil arwah BAB (ejaan betul ikut bahasa Urdu). Jamu nasi kuning, lauk ikan aye - sungguh enak sekali.
Pagi jumaat pula terus ke dungun, tahlil dan doa selamat sempena pemergian Ki ke Mekah (buat kali ke2), selasa depan. Jamu nasi ayam berempah - nasi belebih, lauk tak cukuppan..
Kesian budak-budak dalam pantang - mereka bermusafir ke hulu ke hilir, tapi tak dapat makan - takut lambat baik..
Rupanya Luqmanpun 'sunat' jugok..

Thursday, December 07, 2006

email kejutan dari kumatzahid

Che Adik dan Mek Zan yang tengah berura-ura akan nikah, tapi sampai saat ini mereka belum punya tarikh yang khusus. Abah benar-benar lupa bahawa ada seorang lagi yang berura nak nikah..
Hari ni, Mat Zahid hantar 'shock' email - memaklumkan tarikh nikahnya adalah pada 30 disember 2006, jam 3 petang! Hanya satu yang abang zahid mungkin tertinggal - restu familinya.
Abang Zahid. Abang Zahid masih ada masa untuk berdoa dan beristikharah! Nikah adalah sebahagian dari ibadah yang baik. Namun, redha/restu orang tua penuh dengan barakah.

khatan (4) - ini bukan nanah

Aboh membatalkan niat nak pergi kuliah ustaz wan hassan di Surau Batu 2, bila lihat keadaan luka sunat hasan/ husayn yang belum nampak nak pulih. Ada macam bernanah dan bengkak? Di klinik, Dr Zul hanya membuang selaput kuning tu dan beri ubat basmi kuman dan ubat sapu. "Ini bukan nanah!".

driving mat duan's van

Kerosakan van mat duan rupanya tak banyak. Paip minyak ke caborator pecah. Oleh kerana paip ni disalut, tempat pecah tu tak nampak. Jadi, ganti paip baru. Kena RM10 hanya untuk ½ jengkal paip getah!. Belanja (makan) towing RM15.
Dalam debaran (?) abah memandu pulang van mat duan C22, CAB7556.

Wednesday, December 06, 2006

towing mat duan's van

Aboh di pejabat. Tiba-tiba mat duan telefon mintak tolong ambik dia di simpang 4 ksb fasa 2. Van dia meragam sedang dia perlu cepat. Nak pergi ambik tiket kapal terbang yang dipos laju ke Abx, ksb. Dia perlu segera ke KL untuk hantar pembantu kedainya balik indonesia atas urusan kematian.
Aboh pinjamkan motor kepadanya supaya dia dapat segera ke stesyen bas. Van dia, abah minta tolong kamarul dan zul tunda ke bengkel Awang/ Mail bukit kuang (0199643344).

Tuesday, December 05, 2006

khatan (3) - amilan ziarah

Ahad lepas, sementara hasan/ husayn berpelikat dan berjalan mengangkang, maryam diserang ulat gatal; aliy demam selepas dicucuk 1½ tahun; hanya fatimah tetap ceria gimari-gimari, tak terkawal!
Amilan sekeluarga datang ziarah orang sakit.. Mudah-mudahan semua cepat sembuh.

Sunday, December 03, 2006

akhirnya 'kau' pergi jua..

Semasa menghantar hasan/ husayn berkhatan, abah telah tertinggal handset di rumah. Tapi sehingga sabtu, abah masih belum dapat menjejaki kemana perginya nokia 3315 tu.
Nak tahu jumpa kat mana? Dalam mesin basuh bersama pakaian yang siap untuk dijemur! Inna LilLah wa inna ilaihi Roji'un.

khatan (2): hasan di interview wartawan harian sinar

Sementara menunggu giliran dikhatan, hasan diinterview wartawan harian sinar. "Apa perasaan adik sekarang?". "Takuuut..!". Selain itu wartawan tersebut turut mengambil gambar Hasan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ni masih belum disiarkan. Akhbar itu hari ini, hanya siar gambar pulut semangat majlis khatan tersebut.

khatan (1): hasan, husayn selamat berkhatan

Jumaat, 01 disember 2006 bersamaan 10 zulkaedah 1427 - Hasan,11 dan husayn,8 menyertai 50 kanak-kanak lain berkhatan beramai-ramai di Markaz PAS Bukit Mentok. Mereka diarak dari Surau Tanjung ke tempat berkhatan dengan kereta pacuan 4 roda diiringi bunga manggar dan pulut semangat.
Sementara itu di rumah ibu turut membahagi nasi kunyit kepada jiran-jiran. Turut hadir, Ki, Wan dan Solehah.