Tuesday, November 28, 2006

buruknya bila 'orang tua merajuk'

Abah tak kesah kalau kamera lama ni nak merajuk. Bila abah report, Bos terus ganti baru. Yang abah risau ialah apabila ada orang tua merajuk tak tentu fasal. Tak reti abah nak pujuk..

Nota: Sony Cybershot DSC P72 - rosak; ganti DSC S500; Kelemahan pertama yang dikesan pada kemera baru ni ialah tak boleh cetak tarikh pada foto?

Monday, November 27, 2006

che adik pinda tarikh nikah

UMI merancang tarikh pernikahan che adik adalah pada 22 dan 23 disember depan. Tapi nampaknya banyak yang belum selesai. Che Adik baru balik dari Johor. Dia perlu melalui kursus perkahwinan terlebih dulu sebelum nikah. Menurut umi, mungkin ditunda ke Januari depan.
Perkara baik tak elok dilambat-lambatkan. Betul tak Mek Zan? Awak macamana?

Thursday, November 23, 2006

che adik abis belajar

ABADI ajak teman ke UTM Skudai. Che Adik dah habis belajar. Nak bawa balik seluruh harta benda..
Kemaman; Kuantan; Tanjung Lumpur; Pekan; Mersing; Rompin; Endau; Jamaluang; Kota Tinggi; (Felda Taib Andak); Kulai; Senai; Skudai; 7 jam perjalanan. Terlelap 2 kali masa memandu!

Turut bersama - ABANAB & Wahida.

"Takdok sorang menurun BAK !" - ABANAB.

Monday, November 20, 2006

akhirnya MUTALIB pergi jua

Perletakan jawatan seorang yang bertaraf manager boleh saja menjejaskan prestasi syarikat di papan utama bursa saham. 9 tahun berkhidmat jadikan beliau aset penting buat syarikat. Tidak hairan mengapa HQ bermatian mempertahankannya. Tapi komplikasi di cawangan yang seperti telah dijajah menjadikan semua ini tidak dapat dielakkan lagi.. Sayonara!

ihtifal (8) - masuk paper lagi

bandingkan..


Pak Cik UKK lawan ular jelmaan?

Sungguh seram cerita Mat Duan! (Pak Cik UKK). Cerita orang kita yang bersaing secara tak sihat dalam perniagaan. Pelanggan dihalang penglihatan mereka dari nampak kedainya dengan ilmu hitam. Perniagaan merosot sementara kedai saigan penuh pelanggan.

Ada ular besar yang tak mahu keluar dari kedai, memancut bisa bagai spray ridsect. Setelah dibunuh, menjelma lagi esoknya? Ada kera yang mengamok dalam kedai berhari-hari, krisis demi krisis. Mat Duan harus pindah kedai. Dia sungguh gigih!


Pada setiap kesulitan pasti ada kemudahan! Berlindunglah dengan Allah dari Syaitan yang direjam.

alahai mek zan

Mutu kerja mek zan sebagai pembantu kedai warganiaga kemaman sungguh cemerlang (masuk kerja baru sebulan lebih). Berbekal pengalaman bekerja di kedai runcit anwar, dia bekerja begitu rajin seolah-olah tiada masa letak tangan.
Petang semalam, dia mohon cuti - esok keluarga 'black' akan datang bincang, masa depan mereka?
Inikah petanda yang abah kena cari pekerja baru lagi?

Friday, November 17, 2006

maryam, husayn - nak jadi pengawas sekolah?

Bersama surat pernyataan yuran sekolah tahun hadapan, maryam dan husayn mendapat surat tawaran jadi pengawas sekolah. Jadi mereka perlu membeli seragam pengawas untuk sesi persekolahan tahun hadapan. Pesan abah ialah, menjadi pengawas adalah peluang mengasah bakat kepimpinan, bukannya kursus untuk menjadi securiti guard!

Wednesday, November 15, 2006

fatimah over confiden - cikgu

Dalam peperiksaan akhir PASTI 6 tahun, fatimah telah mendapat kedudukan ke-6 dalam kelas. Sebelum ni dia mendapat kedudukan ke-4 dan ke-2. Menurut guru, sejak fatimah pandai membaca, dia jadi over confiden dan tak mahu mendengar arahan guru apabila menjawab soalan peperiksaan..
Sementara itu, Husayn turut jatuh ke kedudukan ke-4 dalam kelas (darjah 2); Maryam juga ke-4 (darjah 4); dan Hasan, ke-14 (darjah 5). Semua anak abah merosot tahun ni? Apakah agaknya yang tak kena ye?
Walaupun begitu, Husayn hari ini berjaya naik ke pentas menerima hadiah kecemerlangan kerana mendapat markah 100% dalam subjek mathematik dan bahasa melayu. Tahniah Husayn!
Semua kena usaha lebih lagi pada tahun hadapan, terutamanya Hasan! Tahun depan UPSR. Belajar dari sekarang! Cuti ni jangan main banyak sangat! OK?

Tuesday, November 14, 2006

ihtifal (7) -berita ihtifal, masuk paper

Sebuah surat khabar yang baru nak bertapak perlu menarik perhatian semua lapisan masyarakat. Kalau tidak umurnya takkan panjang. Laporan perlu adil tapi sensasi.
Nampaknya suatu hal yang baru, dimana berita kegiatan parti pembangkang diberi liputan yang baik. Harap hal ini berterusan..

Monday, November 13, 2006

salam perkenalan yang aneh

Suatu yang aneh pada kita, mungkin biasa saja bagi orang lain. Status aneh sesuatu perkarapun, bisa hilang apabila ia dibiasakan. Alah bisa tegal biasa?
Memasukkan tisu yang sudah digunakan untuk mengesat kotoran ke dalam poket seluar kerana tiada bakul sampah, mungkin biasa.
Tetapi dengan selambanya memasukkan tisu tersebut ke dalam poket seluar seorang kenalan baru berlain jantina, adakah tidak suatu yang aneh? Alahai Najihah, nasib baik kau pilih poket aku!

Sunday, November 12, 2006

ihtifal (6) - harian sinar buat liputan

Ada orang surat khabar buat liputan. Harap mereka bertujuan baik. Pengarah nampak beri kerjasama yang baik. Hati-hati sikit buat kenyataan kepada orang surat khabar. Harap tak diexploitasi..


ihtifal (5) - penghargaan guru

Pengarah telah membuat keputusannya sendiri untuk memberi hadiah penghargaan kepada guru-guru yang tak mengenal penat-lelah berkhidmat di PASTI.
Beliau sengaja tidak merujuk kepada mesyuarat supaya penghargaan ini menjadi kejutan kepada guru-guru.
Foto: Ustazah Yusrina dan Ustazah Siti dari Al Qamariyyah


ihtifal (4) - fatimah mengetuai nasyid

Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang katogeri hadiah terbaik, fatimah tetap ceria. Kelihatan dia sedang mengetuai nasyid 4 buah PASTI. Fatimah turut menyampaikan tafsir Surah Al Kafirun.
Anak nabi kita ada 7 orang; 3 lelaki 4 perempuan; Qosim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zaynab, ummi Kalthum, Siti Ruqoyah.
Satu, satu, saya sayang Allah; Dua, dua, sayang Rasulullah; Tiga, tiga, sayang ibu-ayah; Satu, dua, tiga, sayang semuanya..

ihtifal (3)



Ustaz Pengerusi Pengacara Ustaz Syed Shahrunuddin yang juga guru sekolah rendah islam darul taqwa
dan
Pengarah 2 tahun berturut Sdr Ridzuan Muhamad

ihtifal (2) - perasmian

Selain dari faktor hujan renyai, masalah PA system jadikan program Majlis Ihtifal PASTI Gabungan Mukim Binjai 2006, lambat bermula.. Kelihatan ialah Ustaz Hazri Jusoh (Ketua Urusan Ulama PAS Kemaman) sedang merasmikan ihtifal.

Wednesday, November 08, 2006

jari telunjuk untuk tunjuk..

Semalam di Surau Batu Dua, Kampung Jaya, Ustaz Azhar Idrus sekali lagi menarik perhatian pendengar bahawa cara bersopan untuk menunjuk ke arah sesuatu dengan jari ibu, adalah tidak tepat? Sepatutnya kita tunjuk dengan jari telunjuk kerana namanya pun - jari telunjuk (show finger)! Jari telunjuk juga diguna semasa membaca tasyahud dalam solat.
Jari ibu adalah untuk menyatakan "bagus" dan juga adalah lambang jenama kacang tanah! Kelakar sungguh..
Anak-anak Abah mungkin boleh fikir dan senaraikan apakah tugasan dan makna yang boleh diterjemahkan dari setiap jari-jemari kita, atau bagaimanakah manusia menggunakan jemari mereka mengikut kesesuaian dan kedudukan jari-jemari itu?
Beliau turut menyelar sesetengah pihak yang aktif membid'ahkan banyak amalan khilafiah seperti tahlil, talqin, bacaan yaasin dsbnya, tapi lupa masalah sebenar ummah yang lebih utama dibenteras seperti fahaman sekularis, penolakan hukum hudud dan islam hadhari yang sesat.

Ustaz Azhar khabarnya akan turun kemaman setiap selasa awal bulan..

Tuesday, November 07, 2006

ihtifal (1) - ucapan mat duan

Semalam, sekali lagi Pak Cik Duan telefon ingatkan Abah samada dah siapkan ucapan dia untuk Majlis Ihtifal PASTI Gabungan Mukim Binjai 2006, sabtu depan. Hari ni rasa ada idea sikit! Minggu lepas tu sibuk.. lagipun lambat lagi.. Last minit baru idea ada mari..:-

Assalamualaikum wrm wbth.
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin.
Wassalatu wassalamu ‘ala Saiyidina Muhammadin wa ala alihi, ajma’in.
Puji2an bagi Allah SWT.
Solawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda yang mulia.
Yang dikasihi Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Syed Shahrunuddin yang juga adalah seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Darut Taqwa. Hasil melalui pendidikan Islam sepenuhnya, beliau sekarang adalah juga Imam di Masjid Pasir Minal, Kemaman.
Yang dimuliakan Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kemaman, sebagai perasmi Majlis Ihtifal PASTI kali ini;
Yang dikasihi Tuan Haji Ismail Harun, Ketua MTD DUN Air Putih, merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman;
Yang dikasihi Ustaz Zulkifli Ahmad, Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman;
Ahli2 Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman;
Ahli2 Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman;
Ahli2 Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman;
Ahli2 Jawatankuasa PAS Cawangan-cawangan;
Semua Jawatankuasa Sambutan Majlis Ihtifal PASTI Gabungan Mukim Binjai tahun 2006;
Saudara-saudari, ibubapa, guru-guru dan anak-anak PASTI sekalian.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini sekali lagi kita dapat berhimpun untuk menjayakan Majlis Ihtifal PASTI Gabungan Mukim Binjai buat ke sekian kalinya.
Saya suka mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari sekalian, khususnya ibu-bapa anak-anak PASTI yang kita raikan pada pagi ini. Majlis kita pada pagi ini, adalah untuk mera’ikan tamatnya pengajian anak-anak PASTI pada tahun ini – yang terdiri dari empat buah PASTI iaitu:
PASTI Darul Yaqin, Batu 4 Binjai (yang merupakan tuan rumah),
PASTI Al Qamariyyah Binjai,
PASTI Nurul Iman Pasir Minal dan
PASTI Permai Jaya.

Mudah-mudahan perhimpunan kita ini sentiasa mendapat naungan Rahmat dari Allah SWT.
Saudara-saudari, ibubapa sekalian,
Setiap hari sekarang, kita mendengar berita-berita yang sangat menakutkan. Berita pembunuhan; perogolan; pembuangan bayi dan janin; kelahiran anak-anak zina; Bahkan, berita kemurtadan sudah hampir ke muka pintu rumah kita; Mat Rempit dan Minah Rempit lahir di mana-mana..
Kesemua ini, adalah manifestasi dari sistem pendidikan barat yang dipertahan oleh pemerintah hari ini.
Oleh itu, kita menyeru supaya sistem pendidikan islam dilaksanakan dalam Negara kita sepenuhnya. Kita menggesa supaya dikembalikan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR), yang telah dihapuskan beberapa tahun lepas. Sistem pendidikan Islam perlu terus dipertahan dan diperkukuhkan demi survival bangsa dan Negara kita. Pengajaran Sains dan Matematik hendaklah diajar semula dengan menggunakan bahasa ibunda kita, iaitu bahasa Melayu.

Kita juga merasa amat kesal dan sedih, dengan insiden serangan helikopter tentera ke atas sebuah Madrasah di Pakistan, baru-baru ini. Insiden itu yang membabitkan pembunuhan beramai-ramai yang kononnya untuk memerangi keganasan, dilakukan ke atas sebuah madrasah pendidikan islam. Dan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang tidak berdosa. Ini adalah satu jenayah yang sengaja dilakukan dan ia merupakan satu lagi konspirasi jahat penjajah Amerika terhadap madrasah dan pusat-pusat pengajian Islam yang dilebelkan sebagai pusat keganasan.

Saya ingin mengajak semua kita supaya terus beristiqamah dalam perjuangan Islam dan menjadikan PASTI dan Sekolah Rendah Islam AT TAQWA sebagai asas permulaan pendidikan untuk anak-anak kita. Kita mengajar anak-anak, asas-asas pendidikan Islam dan membentuk akhlak mereka agar menjadi insan mulia. Kita bencikan keganasan. Kita sebenarnya adalah pencinta kedamaian dan kebenaran.

Kepada guru-guru PASTI, saya suka merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana khidmat mereka yang tidak mengenal penat lelah. Kita berharap pihak PASTI pusat akan terus berusaha mempertingkatkan kualiti pengajaran guru-guru PASTI disamping menambah kebajikan dan insentif terhadap mereka.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan khususnya Ustaz Hazri Jusoh (Ketua urusan Ulama PAS Kemaman) yang akan merasmikan Majlis Ihtifal kita sebentar lagi.

Saya berdoa moga-moga semua anak-anak kita yang keluar dari PASTI akan terus mendapat tarbiyyah islamiyyah atau pendidikan islam yang sebenar dan mendapat kejayaan dalam kehidupan mereka di masa hadapan.

Sekian sahaja. Was salamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Mat Duan adalah Pengarah Sambutan dan juga Pengurus PASTI Al Qamariyyah Binjai, Kemaman)

insiden kejiranan

Menurut sumber, petang ahad lepas, berlaku satu insiden perbalahan jiran berselang sebuah rumah di Taman Semarak Binjai. Berpunca dari hal anak-anak yang meminjam basikal tapi tidak ambil tanggungjawab sewajarnya apabila berlaku kerosakan. Ibubapa yang berjiran ini berselisih pendapat hingga berlaku ketidak wajaran yang sehingga tumpah darah - pintu pagar besi terhantuk ke kepala.
Hal sekecil tayar basikal bocor, telah menjadi kes polis, sehingga ada pihak yang digari? Sungguh memalukan dan memilukan kerana kita tinggal di Taman perumahan, tapi tidak mengerti seni hidup berjiran. Dalam suasana hari raya idilfitri yang masih terasa, kita sepatutnya saling ziarah-menziarahi dan bermaafan, bukan bercakaran. Kawal emosi, sedia memberi dan sentiasalah memaafkan walaupun tidak dipinta..
Foto: fatimah tertidur, keletihan bermain bersama izzati, anak jiran.

Monday, November 06, 2006

puting aliy

Aliy mula menolak punting yang menjadi pemangkin tidurnya..

Sunday, November 05, 2006

talqin di Ranggon

Rabu (nov, 1), Khamis dan Jumaat, Abah diarah bertugas di Jakar. Baiki compressor body (linde). Fakta engineering dan putar belit perniagaan buatkan kita rasa tak tentu hala..
Ahad, balik semula ke KSB - berita sedih dari Ranggon, Kerteh. Ayah Bahrin meninggal. Bahrin adalah rakan sekerja abah yang kawin dengan bekas kerani Abah, Mek Semahani. Abah dan kawan-kawan pergi ziarah dan hadir majlis Talqin di Tanah perkuburan Ranggon.

musim kenduri bermula

Walaupun cuti persekolahan belum bermula, musim kenduri sudah mula terasa. Jumaat, jamuan cukur kepala rumah Ketua KRT Rumah Murah Binjai (KRT teraktif musim lepas di Kemaman). Beliau juga adalah ahli JKKK di situ. Jamuan nasi bukhari dan air teh bunga sungguh menguja. Walaupun tadi baru saja hadir jamuan terbuka hari raya ke rumah-rumah jiran.
Sabtu pula, kenduri sambut menantu rumah Ketua KRT Taman Semarak Binjai (KRT terpasif musim lepas di Kemaman!). Beliau juga adalah setiausaha JKKK. Sementara Saba dan Maryam ke Dungun, kami semua ambil peluang makan nasi minyak di situ. Hantam cukup-cukup. Tak payah masak tengahari.

Petang sabtu, Husayn mula cirit-birit; Hasan, pagi ahad hingga tak dapat jawab periksa dengan selesa; Khabarnya Maryam juga cirit. Jumaat depan kenduri rumah Pak Halim pula di Kijal.. :-)