Wednesday, October 22, 2008

Puasa - Petua tak lapar

Ada sahabat yang berbisik bahawa terdapat satu petua untuk tidak berasa lapar/ dahaga bila berpuasa - menelan air liur tiga kali waktu sahur, sambil membaca QulhuwalLoh!
Abah tak pasti betul ke tidak?
Apa yang abah selalu beritahu anak2 mungkin sebaliknya: Bila kita berasa lapar masa berpuasa dan kita berjaya menahan ujian lapar, sudah tentu kita mendapat pahala yang lebih besar berbanding orang yang puasa tapi tidak merasa lapar. Tujuan disuruh berpuasa adalah supaya kita dapat menghayati kelaparan dan kesulitan yang dirasai oleh mereka yang miskin dan susah.
Tiba-tiba ada petua supaya tidak lapar ketika puasa dengan guna ayat quran?

Puasa 6

Abah rasa kagum dengan semangat anak-anak yang mahu sama-sama meneruskan amalan puasa 6. Masa abah kecik-kecik dulu semangat seperti ini seingat abah, tak ada. Cukup dengan puasa ramadhan saja. Selesai Ramadan, rasa lega kerana tak perlu berlapar lagi. Puasa 6 kami anggap hanyalah amalan orang tua/ dewasa saja.
Anak-anak sekarang nampaknya lain..
Kelebihan puasa 6 bulan syawal setelah sebulan puasa ramadhan adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.