Tuesday, February 26, 2008
Monday, February 25, 2008
menggugat kejiranan
demokrasi tentunya dicipta, tidak untuk menggugat kejiranan. Tapi kiranya kita silap percaturan, semangat kejiranan yang patutnya dipupuk setiap hari boleh berkecai sekelip mata. Abah tidak rasa perlu untuk membalas tindakan jiran-jiran kita yang terikut-ikut dengan mood demam pilihanraya sekarang dengan memasang bendera di rumah masing-masing, lalu menarik muka masam bila bersua. Cukuplah memasang bendera-bendera parti di tempat awam - tak payah sampai masuk ke muka-muka rumah.
Thursday, February 21, 2008
Tuesday, February 19, 2008
mana keutamaan?
syukur bila kita sihat
sementara tu, di hospital yang sama ma (rumah sebelah) dah 4 hari di hospital. Abah sendiri tak tahu sehingga abah jumpa pakcik jo di hospital masa pergi ziarah ayah erra. Ma mungkin akan dipaksa melahirkan bayinya lebih awal memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya untuk mengandung lebih lama.
Monday, February 18, 2008
jamdi
Doakan kesembuhan buat mereka.
Sesiapa yang berminat nak bantu mereka, sila hubungi abg mie, 013-9543344.
ahlan wa sahlan Mbak
Sunday, February 17, 2008
belajar motor
anak-anak membesar di hadapan kita setiap hari, sehingga kita lupa bahawa mereka sebenarnya bukan lagi anak-anak kecil. Mereka sudah boleh diajar apa-apa kebolehan yang perlu untuk seorang yang sedang menuju zaman remaja.
Peluang bersama dengan Abang Yus, mereka guna sepenuhnya untuk belajar motor. Di zaman remaja merempit ini, abah harap anak-anak abah tiada kecenderungan ke arah itu.
Friday, February 15, 2008
pengerusi bidan terjun
Sejak di U, abah dah banyak pengerusikan majlis. Tapi sampai sekarangpun tak reti-reti nak jadi pengerusi yang baik. Selalunya abah akan cuba mengelak, melainkan kalau terpaksa. Di surau, memang dah acap. Tapi sejak awal tahun ni, belum lagi.
Semalam, dalam ceramah politik sempena kempen PRU ke 12 di binjai, sepatutnya ustaz harun ibrahim turun mempengerusikan majlis tersebut. Malangnya pengerusi yang ditunggu-tunggu tak tiba. Abang wel dah tak boleh tunggu. Mahu tak mahu, abah tawakkal saja. Ini kali pertama pengerusikan majlis ceramah politik. Selain abang wel, penceramah semalam ialah Hj Azmi Lop, mantan ADUN bandar.
Thursday, February 14, 2008
Wednesday, February 13, 2008
aliy demam
Tuesday, February 12, 2008
kerja molek, ah
Monday, February 11, 2008
Sunday, February 10, 2008
walimah anak sulong syed zulkifli
di bawah jambatan keretapi, dekat rumah syed zul pasir minal. Teringat lagu ebiet:
Jembatan batu di sebelahku diam
Pancuran bambu kecil memercikkan air
Menghempas di atas batu hitam
Merintih menikam sepi pagi
Pucuk-pucuk cemara
Bergoyang-goyang
Diterpa angin dingin bukit ini
Seperti mengisyaratkan doa
Rahasia alam diam di sekitarnya
Di sini pun aku mencari Engkau
Setiap kali ku panggili namaMu
Namun selalu saja
Hanya gema suaraku
Yang terdengar rindu
Gadis manis duduk di sebelahku
Menyematkan kembang di saku bajuku
Dan bercerita tentang sepasang burung
Yang bercumbu di atas dahan
Tetapi sepi tetap bergayut di dada
Selalu ku teriakkan kata "Di mana?"
Tetapi rindu tetap bergayut di dada
Selalu ku teriakkan kata "Di mana?"
Ketika pulang aku turun ke kali
Dan berkaca di atas air
kulihat wajahku letih dan tua
Tapi aku berusaha tertawa
Anggap hidup hanya sandiwara
Yang kan berakhir segera.
umi nampak lebih sihat
mengambil kesempatan cuti tahun baru cina, kami balik sekejap menjengok umi. Dia nampak lebih sihat. Macam2 ubat dan pemakanan kesihatan yang umi cuba. Sekarang umi boleh berjalan sendiri dengan bertongkat. Yang masih tidak berfungsi sepenuhnya ialah tangan kiri umi; kaki kiri separuh berfungsi. Terbaru umi mencuba susu LGG+, smart naco. Harap umi cepat semboh.
"Dan apabila aku sakit, Dia (Allah) lah yang menyembuhkan"