Sunday, April 27, 2008
Wednesday, April 23, 2008
awas handbag anda..
Tuesday, April 22, 2008
ais krim percuma
ANDA PANAS? DAPATKAN AIS KRIM PERCUMA, SEBATANG SEORANG DI WARGA NIAGA KEMAMAN
(happy 14th. anniversary, 21/4)
(happy 14th. anniversary, 21/4)
bahaya gigitan nyamuk
semalam ikut serta rombongan abami, pak duan dan syed lot pergi ziarah anak mat harafi di ICU hospital kemaman. Budak lelaki 9 tahun itu digigit nyamuk di kaki; kemudian menggarunya; bahagian yang digigit itu makin membengkak dan menjadi hitam sehingga budak tu tak dapat berjalan.
Di ICU, bahagian yang rosak itu dikeluarkan oleh doktor sehingga tinggal tulang!
Ini semua hanya berpunca dari seekor nyamuk?
Di ICU, bahagian yang rosak itu dikeluarkan oleh doktor sehingga tinggal tulang!
Ini semua hanya berpunca dari seekor nyamuk?
Sunday, April 20, 2008
Saturday, April 19, 2008
telegram
kesihan annbank! Setiap bulan call meminta-minta dan seringkali mengugut.
Pernah sekali abah tak melayan. Annbank call ofis, call rumah. Abah tetap tak layan. Akhirnya annbank hantar telegram.. Suatu yang abah dah tak terima sekian lama.
Bukan taknak bayar.. Hutang tetap kena bayar. Hanya bayar lambat skit. Harap tak sampai jadi black list buat ke sekian kali..

mek mokteh
entah apa yang buat mek mokteh nampak begitu marah pada abah. Walau ditegor dan dipanggil berkali-kali di majlis persandingan effy semalam, dia tetap enggan berpaling. Mungkinkah dia marah kerana abah tak ziarah rumahnya bila balik KT?
Ataukah mek mokteh memang benar-benar kurang mendengar? Lagipun suara lagu gelek inul sangat mengasyikkan, dan bagaikan tiada lagi suara lain yang boleh mengatasinya..
Ataukah mek mokteh memang benar-benar kurang mendengar? Lagipun suara lagu gelek inul sangat mengasyikkan, dan bagaikan tiada lagi suara lain yang boleh mengatasinya..
coklat nissang XXL
Suatu yang istimewa pasti menjadi sebutan. Punyalah hebat majlis perkahwinan semalam, yang menjadi pujian ibu hanyalah coklat nissang (manisan) double XL.
Sekali masuk mulut, anda takkan dapat berkata apa-apa lagi walaupun anda ingin sekali mem'boo' si nenek tua yang menari twist !
Kena mintak resepi dengan auntiechah.
Sekali masuk mulut, anda takkan dapat berkata apa-apa lagi walaupun anda ingin sekali mem'boo' si nenek tua yang menari twist !
Kena mintak resepi dengan auntiechah.
selamat pengantin baru, effy & farhana
semasa masih baby, abah masih ingat rambut effy yang tegak berdiri walaupun baru selepas dimandikan. Kini dia sudah berdiri di pelamin, di dewan library negeri. Tahniah atas majlis yang gilang-gemilang.
Luahan rasa syukur dan gembira janganlah sampai berlebih-lebihan apalagi melakukan pembaziran dan hal-hal yang melalaikan. Mudah-mudahan mendapat petunjuk dan keampunan.
Luahan rasa syukur dan gembira janganlah sampai berlebih-lebihan apalagi melakukan pembaziran dan hal-hal yang melalaikan. Mudah-mudahan mendapat petunjuk dan keampunan.
Sunday, April 13, 2008
nasyid mekyam
abah tak rasa yang suara mekyam ni sedap sangat. Kasar semacam je! Tapi ikut kata ustazah fardhu ain, dia paling baik dan ada lidah arab. Maryam terpilih untuk persembahan nasyid di majlis mesyuarat agung PIBG SK Binjai jumaat lepas dan juga majlis maulid jumaat depan anjuran kelas fardhu ainnya.
terima kasih
Thursday, April 10, 2008
drama fatimah
akibat selalu sangat tengok telenovela indonesia, lagak anak-anak jadi terikut-ikut, agaknya. Berlakun dalam bilik air dah biasa sangatlah bagi mek timoh sorang ni. Masalahnya dia terbawak-bawak bila di tegor bibik halimah:
"awak tu hanya menumpang!"; "awak hanyalah pembantu rumah!" (dalam sleng indo). Perangai dan cakap kasar begini begitu mudah dipelajari anak-anak melalui TV, sehingga sukar nak bersaing dengan didikan kita di rumah.
Harap bibik banyak bersabar dan cepat suaikan diri. Janganlah ambik hati sangat, timoh belakun je tu.. Dan dia pasti akan dapat 'upah' lakunannya itu!

Tuesday, April 08, 2008
jepun ke? vietnam ke?
kak ida & emy @ kemaman
sementara kak era cuti sakit, kak ida yang cuti belajar telah sudi tolong ibu jalankan kedai. Kak Emy pun turut serta. Namun tak sampai sehari dan tak sempat panas punggung, dah ada panggilan 'kerja sambilan' di tempat lain.
Kak ida dipanggil abami kerja di pejabatnya, sementara che' adik dakwa abah rampas kak emy yang patutnya tolong jaga baby dia di raub..
Kak ida dipanggil abami kerja di pejabatnya, sementara che' adik dakwa abah rampas kak emy yang patutnya tolong jaga baby dia di raub..
Subscribe to:
Posts (Atom)