Murid darjah 2 Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman, dalam kertas peperiksaan jawi (OTI 5 2006), dikehendaki menyusun perkataan-perkataan jawi - bestari; hadhari; islam; terengganu; ikut susunannya yang "betul". Sebaik saja balik dari sekolah, Husayn bertanya samada susunan yang menjadi jawapannya (islam - hadhari - terengganu - bestari), adakah betul?
Slogan parti politik umno telah dijadikan soalan peperiksaan anak-anak kecil, tanpa mengambilkira bahawa perkataan 'islam hadhari' itu telah dipertikai ungkapannya sebagai sempit dan tidak menggambarkan islam yang syumul. Islam hadhari sepatutnya ditulis sebagai 'hadharah islamiyyah'.
Kita harap cikgu-cikgu perlu buat sedikit kajian sebelum memilih soalan-soalan dalam peperiksaan. Soalan yang mengandungi unsur-unsur politik-kepartian harus dielakkan samasekali, apatah lagi bila ada kekhilafan. Sekolah adalah untuk semua rakyat malaysia, bukan hanya untuk umno.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Murid darjah 2 Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman, dalam kertas peperiksaan mereka dikehendaki menyusun perkataan-perkataan - islam; hadhari; terengganu; bestari; ikut susunannya yang 'betul'. Sebaik saja balik dari sekolah, Husayn menghadapkan pertanyaan samada susunan yang menjadi jawapannya (islam - hadhari - terengganu - bestari), adakah betul?.
Slogan parti politik umno telah dijadikan soalan peperiksaan anak-anak kecil...
riksaan anak-anak kecil...
Post a Comment