Sunday, December 24, 2006

menziarah pak anjang

Selalunya bila pergi kuantan, abah hanya sempat meninjau-ninjau samada pak anjang ada berehat di atas kerusi panjang, beranda rumahnya di sungai ular. Entah bila nak singgah ziarah rakan karib BAB tu. Masa kecil kami panggil dia - pak gani.
Kesempatan semalam balik awal dari kuantan, singgah sekejap. Pak anjang dah tak dapat cam. Mata dah kabur. Bila tahu yang ziarah dia adalah husny, anak tuan sembok, dia terus bercerita tak henti. Macam-macam kisah. Abah hanya mengangguk?, tak faham dialect pahangnya yang pekat. Beliau cerita tentang tanah-tanah bab yang banyak, kereta bab, megat yang menanggung sakit kerana 'tercuri' limau bab, pelita kubur; sehingga abah terpaksa cari alasan untuk balik segera. Di rumah maryam dan husayn menunggu 'something' dari kuantan?
Cerita pak anjang baru nak muqaddimah?

No comments: