Tuesday, March 18, 2008

umrah percuma? (3)

peluang umrah percuma ini sebenarnya adalah untuk ayahdi. Dia berhalangan dan mahu abah yang ganti.
Nampaknya abah tak boleh lepas peluang ni. Kerana kalau nak pergi dengan ongkos sendiri, abah sendiri belum pasti bila? Orang pertama yang abah kena hubungi menurut nombor telefon yang ayahdi bagi adalah abangdin.
Nampaknya abangdin ni seorang yang selalu berdampingan dengan IT. Dia suruh abah daftar skype.com bagi tujuan komunikasi. Abangdin abah kenal hanya masa kecik-kecik dulu. Tapi bila abah hubungi dia pakai handset, dia nampaknya seorang yang cepat mesra.

No comments: