Tuesday, November 07, 2006

insiden kejiranan

Menurut sumber, petang ahad lepas, berlaku satu insiden perbalahan jiran berselang sebuah rumah di Taman Semarak Binjai. Berpunca dari hal anak-anak yang meminjam basikal tapi tidak ambil tanggungjawab sewajarnya apabila berlaku kerosakan. Ibubapa yang berjiran ini berselisih pendapat hingga berlaku ketidak wajaran yang sehingga tumpah darah - pintu pagar besi terhantuk ke kepala.
Hal sekecil tayar basikal bocor, telah menjadi kes polis, sehingga ada pihak yang digari? Sungguh memalukan dan memilukan kerana kita tinggal di Taman perumahan, tapi tidak mengerti seni hidup berjiran. Dalam suasana hari raya idilfitri yang masih terasa, kita sepatutnya saling ziarah-menziarahi dan bermaafan, bukan bercakaran. Kawal emosi, sedia memberi dan sentiasalah memaafkan walaupun tidak dipinta..
Foto: fatimah tertidur, keletihan bermain bersama izzati, anak jiran.

No comments: