Semalam azhar beberapa kali mesej, kononnya terliur kek saba. Dia kata nak datang. Abang tak begitu percaya sebab selalu dia acah saja. Dia benar-benar sampai tengah malam semalam. Datang untuk ambil IC dia di pejabat pendaftaran kemaman. Dia buat IC masa datang kemaman dulu. Bila abang check foto lama dia - julai 2004! Masa tu kita belum renovate rumah depan (lihat foto). Rasa macam baru lagi. Soalan pertama bila dia datang ialah - mana TV? Esok nak tengok siti kawin.. Kesian. Kadir janji nak jual TV 2nd hand, semalam. Sampai hari ni belum dapat lagi. Biasalah janji melayu!
Belumpun sejam Pak Cik Azhar duduk, mek timah dah tanya - bila pak cik azhar nak balik? Yang lebih lazer lagi - "Pak Cik Azhar, Hasan kataPak Cik Azhar busuk!" Nasib baik hamba Allah tu pandai jawab - "Memanglah PC Azhar busuk, PC Azhar kan belum mandi dari tengahari tadi..".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment