Pagi semalam terima SMS dari yati dan kak - abang mek meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah bersama orang-orang yang soleh. Bulan lepas sempat ziarah Abang Mek (Che' Nong) tapi dia tengah tidur..
Abang Mek umpama abang/ kakak
kerana dia sepupu aboh
umpama ibu kerana mengambil tahu hal aboh
di rumah abang mek, aboh belajar fardu ain
bertahun-tahun..
tidur rumah dia, macam rumah sendiri.
masa abang mek sakit kayap
masa banjir
masa terjun ikut tingkap kerana malas solat subuh
abang mek sangat beralus..
abah rasa
dia sangat istiqamah dengan pegangannya
dia tidak berubah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment