Semasa naik bot, abah rasa sudah syak bahawa budak ala mat rock penjaga bot tu adalah kawan lama abah masa dekat U. Masa balik dari pulau, sekali lagi budak tu ada di jati, sambut bot yang balik dari pulau. Abah cuba menegor. Tidak syak lagi itulah dia (awang) saripan. Masa belajar 20 tahun dulu rasanya, nama dia tak ada 'awang'? Rupa-rupanya dia adalah tuan punya bot-bot di situ. Dengar cerita dia dipanggil 'jutawan fakir'. Masa belajar dulu kami bergilir ponteng kelas. Hasilnya keputusan exam hanya cukup makan saja. Tapi sekarang dia sudah memiliki syarikat bot dan di panggil jutawan!
Anehnya, bila ditanya mana anak? Dia kata, anaknya sedang belajar di west australia. Saba baru saja pulang dari situ..
Tadi, abah telefon awang saripan, minta tolong dia simpan beg pakaian busuk yang hasan tertinggal di surau jeti. Terima kasih awang saripan! Mudah-mudahan terus berjaya dalam hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment